Selamat Berblogging Semua..

Selamat Berblogging Semua..

Monday, September 7, 2015

Haiwan Comel

Assalamualaikum w.b.t
Salam Sejahtera 

Jika diikutkan, saya memang suka pelihara binatang...wahh, binatang dah macam pelihara harimau atau singa plak yer...maksud saya haiwan yang comel-comel ler...dari kecik hingga besar sebenarnya saya paling suka pada ikan...ikan guppy atau ikan laga...kt rumah lama dulu, ikan guppy banyak kami pelihara tapi disebabkan kekangan masa untuk aktiviti pembersihan akhirnya ikan tu mati semuanya. Sementara ada si kecik ni, niat nak pelihara ikan lagi tu dibiarkan berkubur dulu...

Anak-anak plak pernah pelihara ikan laga...disebabkan malas mencuci bekas ikan...akhirnya mati juga. Sekarang anak-anak dah besar and mereka pun mulalah pandai nak ada pets. So since sekarang dah duduk rumah bertanah, myhusband ok jer bila anak-anak nak bela rabbit. Peluang semasa cuti Chinese New Year Februari lepas kami gunakan untuk mencari rabbit. Di Bentong takde maklumat penjual so we all mencari kat KL lah. Lupa dah nama brother tu sebab hubby yang dok contact dia. Dia ni menjual rabbit dari rumah di Shah Alam.

Beli sepasang. Jantan jenis anggora dan betina jenis mix teddy bear. Harga lupa tapi tak lebih seratus lah untuk 2 ekor tu. Mula-mula beli tu memang rasa comel sangat lah arnab ni. Budak2 excited semacam. Si abang ambik yang jantan, and abang ngah ambik yang betina. Siap beli sangkar semua di Shah Alam. Masa tu jantan dah dalam 4 bulan usianya and yang betina dalam 2 bulan lebih. Anak-anak kami bagi nama TOM (jantan) and YAM (betina) pada rabbit mereka...sebab tuan arnab suka makan tomyam...kah kah kah...

Bila pindah terpaksalah bawak sekali arnab-arnab tu...rumah sekarang di Bentong senang sikit nak menguruskan rabbit sebab masih bertanah di depan dan belakang rumah. Bila Yam cukup umur iaitu dalam 4 bulan kami mula mengahwinkannya dengan Tom. Setelah beberapa bulan masih belum menampakkan hasil.

Sehingga 3 September 2015...semasa lunch hour seperti biasa kami dirumah sedang bersiap-siap...sambil memerhatikan dan bersembang mengenai si anak kucing di belakang rumah yang dibuang oleh si ibu kucing...tiba-tiba anak jiran sebelah menjerit..."eh anak arnab..." sambil menunding ke arah sangkar arnab..."hah?? betul ke?" spontan aku dan abang menjerit dan terkejut...larr betul! si Yam dah beranak...kesian sebab tak sedari bila dia bunting...alhamdulillah...seronoknya rasa. Tengoklah gambar si kembar sulung anak Tom dan Yam_Kelabu dan Merah...nama belum bagi...

Anak kucing yang ditinggal ibu..
Kami pon belum ada pengalaman menjaga anak arnab. Kitaorang ambik bekas/bakul/raga and letak anak arnab dalam tu pastu letak disudut sangkar Yam. Yang terkejutnya, pagi 4 September 2015, masa abang nak ke sekolah tengok baby rabbit tiada dalam bekas. Dan paling terkejut, baby rabbit yang kelabu siap ada dalam sangkar si Tom. Macam mana baby rabbit boleh masuk ke situ?? Tekejut mak! Si merah dah tak tau ke mana, hilang atau kena makan ngan Tom. Pastu bila belek-belek sangkar, alhamdulillah si Merah ada terjatuh ke bawah sangkar...subhanallah, ganas juga arnab ni yer...

Tom tengah intai anak dia...hehe

Berharap sangat Kelabu dan Merah ni dapat survive tapi nampak gayanya si Yam macam tak menyusukan anak nya pon. Macam mana lah nak paksa si Yam ni menyusukan anak...nanti saya share perkembangan baby rabbit ni yer. Ok. Jumpa lagi.
 

Thursday, September 3, 2015

Tropika Baby Herbal Cream

Assalamualaikum...

Nak tumpang iklan sekejap...:)


Saya dah guna krim tropika ni start dari baby irfan baru lahir. Masa di KL dulu senang nak mencari krim ni sebab ada kedai baby yang berdekatan dengan rumah. 

Tapi bila pindah ke Bentong, puas mencari...tak jumpa agent di mana. So hari tu decide beli secara borong dari Tropika Beauty. Untuk kawan-kawan yang belum pernah guna krim ni, memang saya sarankan sebab sesuai untuk baby yang selsema dan batuk. Senang guna krim ni dan alhamdulillah nampaknya serasi dengan anak saya.

Sesapa yang memerlukan Tropika Baby Herbal Cream terutamanya di Bentong, Pahang boleh emel saya leynarar@gmail.com sebelum kehabisan yer. Saya jual RM38. Sapa yang nak saya pos kena bayar caj penghantaran lah yer. Lain-lain info boleh rujuk pada flyer Tropika Beauty as attach yer. Ok tenkiu.

Wassalam. 

Wednesday, September 2, 2015

Bola Jaring

Assalamualaikum w.b.t
Selamat Sejahtera

Belum terlambat rasanya..
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan!

Sementara free ni saya terfikir nak bercerita tentang aktiviti sukan yang disertai di usia 35 tahun ni..hehe..gitu! Sebenarnya saya suka bersukan. Bola jaring antara sukan yang saya involve dari zaman sekolah rendah lagi. Sukan ni sesuai dengan saya sebab tak perlu keluar apa-apa modal pon untuk menyertainya. Maksud saya, contoh seperti sukan badminton, perlukan duit untuk beli raket/kasut yang mana memang tak mampu lar untukku di masa kecil dulu..isk isk sedey plak!

Biasanya memang dapat wakil sekolahlah dalam bola jaring masa sekolah rendah. Berterusanlah sampai sekolah menengah. Time sekolah menengah ni dah rasa different sebab ketinggian macam statik dah...tak besar-besar so bila wakil sekolah selalu jadi reserve jerk..hehe..siapa yang tinggi main netball adalah satu kelebihan.  Paling jauh pon masa sekolah dulu peringkat zon/daerah..itupon memanjang jadi reserve, adalah sesekali main...hehe...

Bila dah keje adalah sesekali terlibat dengan netball. Biasanya sukan antara jabatan lar. Yang tak dapat lupa masa di Putrajaya. Saya dan kawan ofis buat satu team netball untuk tournament HQ di KL. Tak silap dalam tahun 2012. So we all yang tak pernah training sesama ni, tiba-tiba jer form satu team and join tournament. Yang sweetnya we ols berjaya di tempat ketiga untuk kejohanan tu...memang masing-masing berbakatlah main netball ni.
Team 'kilat'...:)
Dan untuk kesekian kalinya, tahun ini saya join netball untuk mewakili pejabat kami di Zon Timur. Mungkin faktor usia atau sebab dah lama tak training, semasa satu perlawan persahabatan, lututku terpelecok...huhu...ini yang nak dicerita...sakit woii...ingat biasa2 jer...masa kena tu seminggu sebelum tournament...memang hencot2 and nak solat tuhan jer tahu seksanya. 

Masa frenly ni kena langgar dan lutut terpelecok
Nak tarik diri mustahil sebab dah last minit. So gagahkan juga untuk join. Masa tournament sebenar, hati ni berdebar jer nak main coz memang lutut rasa semacam jerk. Cuba elak dari main tapi bila teammate pon ada yang injured terpaksalah main. Huhu...memang aku dah tak boleh berlari laju lagi...kesedihan sebenarnya sebab lepas ni aku mungkin dah tak berani nak join netball lagi...nangisss...
 
Sebelum main netball, kita main volleyball dulu...yeayy
Tournament kami baru ni diadakan di Universiti Teknikal Melaka (Utem). So ku angkut semua suami dan anak2 ke sana and stay di Puteri Resort Ayer Keroh. Hotel ni best dan suasana dia tenang sangat. Aku suka! Bilik oklah ada katil queen and saya add on 2 extra bed dan babycot...pastu tempat makan luas and parking luas plus ada swimming pool untuk anak-anak...kira puas hatilah walaupun semua kena bayar sendiri, jabatan tak tanggung.

 Anyway,  saya berdoa dan sentiasa mengharap ihsan Yang Maha Esa supaya sentiasa sihat dan kuat untuk menempuhi kehidupan di hari mendatang. Amin. 

Thursday, August 13, 2015

Kacang Renek

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera

Memang teruja nak update mengenai tanaman ni, sebab everyday ada progress. Koleksi gambar banyak, tapi tak nyempat-nyempat nak berblog. Anyway, sementara free ni, curi masa jap.

Sikit jer nak citer pasal pokok kacang. Benih kacang antara yang dibeli dari semuamenjadi.blogspot.com ni ditag sebagai kacang renek. Saya mula menyemai 26 Julai 2015. Saya terus semai di tanah. Semai dekat dengan pagar, sebab ingat pokok ni menjalar...rupanya pokok ni tak menjalar macam kacang panjang. Masa semai tu letak 2 biji benih. Tapi yang tumbuh hanya satu. Satu lagi tak dpt dikesan ke mana.. 

Setakat ni, pokok kacang ni lah yang paling senang dijaga. Kurang diserang perosak. Cuma, walaupun namanya renek tapi daunnya boleh tahan lebar dan menyebabkan bahagian atas pokok agak berat untuk ditampung oleh batangnya yang kecik keding..hehe..ayat ni agak pelik, harap faham maksudnya..

Yang paling menggembirakan, hari ni 13 Ogos 2015, telah kelihatan buah kacang sulung telah mendarat hingga ke tanah..huhu..alhamdulillah..cepat betul mengeluarkan hasil..doa-doa moga berbuahlah pokok selebatnya boleh sedekah pada saudara mara...eceh..cita cita tu bukan main besar..bila dah niat nak sedekah tu mesti dah dapat pahala kan..syukur ya allah!


Nampak tak buah kacang tu..geramnya nak petik. Kalau banyak, boleh potong potong, goreng kunyit dengan ayam potong halus..fuhh..simple tapi boleh bertambah nasik..

Setakat nak makan suami isteri, eloklah tanam macam ni rasanya. Daripada beli kat pasar, tapi rosak macam tu jerr dalam peti ais..oklah..sekian dahulu untuk kali ni. 

Wassalam

Thursday, July 23, 2015

Perosak Tanaman

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera

Isshh...susahnya nak melawan penyakit m***s. Dalam kepala ada macam-macam idea nak menulis, tapi beratnya tangan ni nak menekan keyboard...pegang mouse ok jer, blok walking rajin jer...:)

Back tu tajuk entry...ada cerita sedih yang terpendam hampir 2 minggu...hari tu ada cerita saya menyemai kailan dan tatsoi...dalam tempoh 3 minggu semai, anak benih tu dah mengeluarkan 3 helai daun dan tinggi lebih kurang 2 inchi lebih...sekali tu balik rumah lunch hour, tergerak hari nak tengok anak benih kat yard belakang rumah...huwaaaa...nangis..habis berselerak tanah dan tunggang langgang anak2 benih menyembah bumi....kerja siapa lagi kalau bukan si kucing yang selalu berkeliaran mencari peluang....huhu..tatsoi tak dapat diselamatkan langsung...kailan aku cuba selamatkan 2 pokok dan dialih ke polybag...

Kucing ni kan...kenkadang geram...memanglah bukan salah si binatang...tapi kenapa dia suka sangat nak membe*ak kat dalam pasu...tanah banyak lagi kot kat balakang tu...binatang betull!...opss...kan dah marah...so try ler pakai petua husband supaya tempat tu tak jadi tandas si kucing...ambik apa-apa spesis limau and perah kat tempat dia buat onar tu...sebelum tu buang ler apa yang patut, kalo tidak kang jadi bubur durian plak...wekk..

Daripada pikir pasal kemusnahan yag telah dibuat oleh kucing, baik kita cerita pasal cik ros jepun...ini pon satu hal...bunga nya keluar sikit-sikit...nak berkenalan dulu kot...so aku tahu, aku ada bunga kaler oren-kuning, kaler pink cerah dan kaler pink cair sikit...gambar-gambar ni pon curi-curi masa untuk snap...sebab dah 2 minggu tak sempat manja-manjakan pokok...ada masa gi siram jer, itulah lumrah petani separuh masa ni...hehe
Pokok bayam yang tak dijumpai dulu tu dah tumbuh....tapi bersepah-sepah...atas batas xde langsung...boleh makan tak kalo macam tu gaya tumbuhnya...kena pandai pilih...silap-silap temakan pokok liar pulak...haha..layan gambar yerk..
Batas kat tepi sebelah kanan gambar...pokok bayam dah turun dari batas..hihi

Terima kasih pada yang baca!

Wednesday, July 1, 2015

Update tanaman

Assalamualaikum w.b.t
Selamat Sejahtera

Syukur, weken baru ni berkesempatan juga untuk meneruskan projek menanam...benih-benih yang ditanam kailan, tatsoi, sawi, kacang renek dan timun...selain dari tu, benih tomato telah dialihkan ke beberapa bekas...so setiap sepokok dapatlah rumah sendiri...oh ya, benih bayam yang saya tabur tu memang ntah ke mana hilang...tak mengapa benihnya banyak lagi...lepas ni haruslah membuat batas yang lebih molek, almaklumlah batas bayam hari tu dibuat semasa awal ramadhan, tak larat nak menggembur tanah...

Entry update ni terpaksa ditulis semula sebab terdelete..huhu..nangissss...

Selain tu meh nak citer pasal ros jepun saya...keratan batang yang dibeli hari tu banyak, jadinya saya tanam di beberapa tempat yang berbeza sebab nak test keserasiannya...sebahagian ditanam didalam bekas, dapat 2 bekas. Selebihnya di tanam terus di atas tanah di laman depan dan belakang rumah. Setakat 2 minggu lebih ni, ros jepun di yard belakang dan di dalam bekas telah pun munculkan diri...comelnya...harap-harap kawan-kawannya nanti akan berlumba-lumba memeriahkan laman tuan tanah...:))
Sapa nampak bunga, saya kasi hadiah...hehe
Sapa pernah tanam biji kacang hijau...saya tak pernah...dalam hari khamis/jumaat lepas di waktu sibuk menyiapkan anak ke sekolah (pagi lah tu)...si abang request botol air mineral kosong + kapas + biji kacang hijau...apa lagi ummi nyer pun menyelongkar bekas rempah ratus kat dapur, tapi biji kacang hijau tak dijumpai. So terpaksalah abbinyer membeli sepeket kacang hijau pagi tu juga untuk aktiviti sekolah si abang.

A few days, maybe hari isnin baru ni...nah ummi, pokok taugeh...lorr kacang hijau tu dah jadi taugeh...boleh makan ke ummi pokok taugeh ni...tanya si abang...:) try tanya cikgu...jawab ummi..

Budak pun pandai menanam...:)
Bye.

Tanam Menanam

Assalamualaikum w.b.t

Selamat Sejahtera...

Jika di rujuk entry terdahulu, mungkin anda perasan yang saya telah pun berpindah tempat kerja dan juga berpindah rumah. Dulu kami tinggal di rumah teres 2 tingkat dengan laman yang telah disimen keseluruhannya. Namun aktiviti bertanam tetap diteruskan. Dari serai, kunyit, halia, limau purut, pandan..semua ditanam di dalam pasu. Dapat lar merasa hasilnya. Entry sebelum ni ada juga ditunjukkan pokok daun kesum yang dibeli tapi pokok tu dah mati tak dapat bertahan dengan cuaca panas.  

Apabila berpindah, terpaksalah ku tinggalkan semua tanaman di bawah jagaan si penyewa a.k.a adik saya sendiri. Hehe..hopefully dia tak rimas dengan tumbuh-tumbuhan itu..

Bila berpindah  ke rumah sewa teres setingkat yang masih berlaman, perasaan ingin menanam tu semakin membara. Bukan sebab rajin terlebih tapi geram bila melihat laman dipenuhi dengan rumput-rumput liar dan hampir menjadi semaksamun. Langkat pertama haruslah membersihkan laman. Seminggu sebelum puasa baru berkesempatan menguruskan laman tersebut. Minggu-minggu sebelumnya amatlah sibuk dengan pelbagai macam hal kehidupan. :) 

Nak mudah saya order biji benih tru online dari blog semuamenjadi.blogspot.com. Alhamdulillah dalam tempoh 2 hari lebih sahaja biji benih telah pun sampai di tangan. Projek laman kali ni bercampur antara menanam bunga-bungaan dan sayur-sayuran...hehe..cita-cita tu besar.. doa-doa menjadi lah..rata-rata di blog tanaman menceritakan tentang si ros jepun. Membuatkan saya pun teringin untuk memiliki ros jepun sendiri. Apalagi bersama benih-benih sayur di tempah sekali keratan batang bunga ros jepun.

Mujur dapat memanfaatkan hujung minggu lepas bersama husband (teringat pulak drama 'dia isteri luar biasa'...:) ) untuk membuat batas dan membersihkan laman depan dan belakang rumah sewa. Hari Sabtu 13 Jun 2015 sempat menabur benih bayam merah serta menyiapkan bekas dan batas untuk ros jepun sekali. Besarlah harapan supaya dapat berkembang biak wahai tumbuhan..hehe. Hari Ahad pula, hujan lebat dipagi hari...projek menanam tak dapat diteruskan disebelah pagi. Mujur di sebelah petang dapat juga membuat satu batas untuk si kangkung. 


Sehingga entry ini ditulis, si kangkung telah pun muncul dipermukaan tanah. Manakala ros-ros jepun pun nampak macam serasi dengan tanah...lain hal nye dengan si bayam. Tak dapat ku kenal mana bayam dan mana rumput...mungkin malam hari menabur benih tu hujan lebat jadinya benih-benih bayam telah dibawa air. Satu lagi, semasa menanam bayam saya hanya tabur di atas batas dengan mengorek sedikit tanah. Entah betul entah tidak cara tu. Maklumlah baru belajar menanam. Manakala untuk kangkung teknik meletak botol air mineral yang dipotong dapat menahan biji benih dari terkeluar dari kawasan. Paham ke?? hehe..buat-buat paham lar yer...tengok gambar mungkin dapat bayangkan. Teknik ni saya terfikir di kala hujan lebat di malam hari tu lar...

Ada juga cubaan menyemai cili padi dan tomato. Nampak gaya tomato senang untuk tumbuh berbeza dengan cili. Mungkin biji cili telah dimakan semut. Tomato menunggu tuannya mengalih ke bekas yang lebih selesa. Namun belum berkesempatan.

Nanti kita tengok ada perkembangan ke tidak berkenaan tanaman ni yer.

:)

Kesian kena pindah

:)

Senyum itu sedekah.

Assalamualaikum w.b.t

Ini bukan kes di kejar ahlong..tapi inilah lumrah pekerja makan gaji seperti diriku ini..:( sedih pulakk..keje gomen haruslah berpindah randah..masa interview dah setuju kan..hehe..why me?..sebab kamu tu dah bersawang kat ofis tu so now time to move out..get out! hehe lebih lebih pulakk..

Actually, semua ini berlaku pertengahan bulan Januari 2015. Tempoh 5 tahun di Putrajaya terasa berlalu dengan cepat. Awal bulan Februari 2015 dah kena mulakan tugas di tempat baru. Alhamdulillah, tempat itu bukanlah asing bagi ku..Bentong! myhubby hometown. Mujur lar masih dalam lingkungan kawasan yang dah biasa. Rezki kami nak dekat dengan family.

Tinggal sudah pejabatku di Putrajaya..nangiss sorang2..
Berpindah tempat kerja mudah tapi berpindah rumah hanya Allah yang memahami kesukaran, kesedihan dan macam macam perasaan bercampur baur. Harus tabah. Ini baru pertama kali. Panjang lagi usia servis yang perlu ditempoh. Perlu tinggalkan kawan-kawan di pejabat lama yang dah sebati dengan diri, tinggalkan rumah yang pertama kami beli, suami perlu tinggalkan rakan rakan suraunya, anak anak tinggalkan sekolah, guru dan rakan..nangiss kalau nak dihitung satu persatu...apa yang penting suami dan anak-anak masih depan mata aku hari-hari...

Alhamdulillah. Semua tu kami lalui dengan sabar. Dah hampir 5 bulan pun jadi pemastautin di kg halaman suami ni..Daripada duduk rumah yang kami beli akhirnya di sini terpaksa menyewa rumah orang. Nak tahu rate menyewa di Bentong? Rumah yang kami dapat ni fully furnish cuma yang kurang kitchen cabinet jer..RM600..:( Dalam sejarah hidup aku lepas keluar U dulu kira ni rumah sewa keempat lar. Tak suka sebenarnya duduk menyewa ni lagi-lagi dah beranak pinak. Habis tu nak wat camne..tak kan nak menyemakkan umah mak ayah plak. Elok ler menyewa..kan kan? :) Kalau dikenang balik lepas grad sebelum kawen duluuu..tahun 2004..aku start keje firm town planning kat Johor so sewa umah di Pasir Gudang, pastu keje kat KL sewa di Taman Melati  pastu dah kawen sewa umah lain kat Taman Melati jugak..then malas nak pindah2 beli rumah di Taman Puncak Jalil. Time beli rumah ni aku keja gaji hari jer, tapi berkat sepakat dengan suami dapat jugak membeli. Gaji kecik beli ler rumah kecik ikut kemampuan. Harta dunia jer semua tu. Hehe..

Inilah kehidupan. Kita rasa kita susah tapi sebenarnya ada lagi orang yang lebih sukar kehidupannya dari kita. Jadi bersyukurlah.

Wassalam.

Blogger templates

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...