Selamat Berblogging Semua..

Selamat Berblogging Semua..

Sunday, November 18, 2012

Artifak

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Bila di rumah, berkemas-kemas kotak harta karun zaman dolu-dolu tejumpala satu 'artifak' seni yang tak disangka pernah dihasilkan...sebuah lukisan dengan sajak yang sebenarnya menggambarkan situasi jiwa penulis sajak tu masa tu la...sekarang alhamdulillah berkat iman dan kasih sayang Allah, dia berada dalam kehidupan yang baik - semoga hingga ke akhir hayat..amin.


Aku Masih Di Sini

Mengimbau Sebuah KENANGAN
Melayari Sebuah KEHIDUPAN
Meniti Suatu PERJALANAN
Memendam Seribu KERINDUAN
Mengumpul Segala KEKUATAN
Melangkah Berlandaskan KEIMANAN
Mengharapkan Suatu KEAJAIBAN di Bumi TUHAN

27 Oktober 1999


Sekian. Wassalam.

Saturday, November 17, 2012

Story pasal cuti

Haha...best betul cuti kali ni, panjang and stay at home..9 hari termasuk sabtu ahad..lusa dah nak start keje balik..itu yang bukak laptop ni, cuak keje ofis belambak belum siap, tapi bila bukak laptop buat keja lain plak..haha..good...cuti Hari Deepavali dan Sambutan Maal Hijrah..alhamdulillah..jenuh dah buat keje ofis, dapat rehat macam ni best giler..dapatlah rearrange barang-barang dalam rumah-set up bilik untuk anak-anak bujang. Dah lebih kurang 4 malam diaorang tido bilik sendiri..sedih gak nak biar tido sendiri, sampaikan asyik tejaga je malam..sempat bawak anak-anak ke Aquaria, KLCC-mahalnyerlah nak masuk..tapi oklah dapat tambah ilmu diaorang-haha ilmu ikan..yang best nyer juga cuti ni dapat aku siapkan sepasang baju kurung..just nak praktis  apa yang dah belajar hari tu...haha berhari-hari juga la baru siap...cuma tinggal butang jer belum siap...banyak part yang lupala kalau tak praktis ni, tapi kalau week day ntah bilala aku dapat menjahit. Nak jahit lubang butang pun boleh lupa, nasib la jumpa inayus.blogspot.com - boleh refresh semula. Dah bertahun-tahun menjahit, sekali jahit baju kurung sendiri sampai patah jarum..haha nampak sangatla ilmu belum cukup di dada..
dah letihla tu...


kain batik ni beli kat Sarawak, risau tak menjadi. alhamdulillah bolehla.


Majlis Anugerah Akhir Tahun PJKKAU 2012

Antara momen indah happen in our family recently..seperti tahun-tahun sudah since join PJK Anggur Unggu iyad tak pernah ketinggalan join performance day..kali ni (10 Nov 2012) diadakan lagi di Dewan Tasik Komuniti, Cyberjaya..thanks to ummi yang bersusah payah nak anjurkan program ni..dengan kenaikan harga sewa dan macam-macam cabaran tapi berjaya juga diadakan seperti dirancang..thanks pada guru-guru iyad: teacher aminah, cikgu ros dan lain-lain yang banyak memberi tumpuan pada iyad..alhamdulillah- for 5 years, iyad got no. 2 in class; no 1 for computer test and anugerah pelajar harapan..(aminn..may u success my dear..)..on the day iyad terlibat in drama and dance, play as jarjit singh for upin ipin drama...haha anak aku jadi jarjit..and buat shuffling plak dengan lagu gangnam style..huhu..yang ni kurang berkenan siket dari mula lagi...dah nak habis buat dance tu kaki kawan dah tersepak kepala iyad...huhu nasib dia tak nangis time kat pentas..
tengah nyanyi lagu negaraku...

abbi ngan ummi dapat naik pentas ambik hadiah iyad..pelajar harapan..insyaallah
ehh...dia lagi dapat hadiah..
imran and geng....haha
interesting part is..imran pun join performance, walaupun adik ni belum masuk kelas belajar pun cuma pegi taska yang sama ngan abang, tapi adik selected untuk buat performance..haha Lagu Chipmunks...comel sungguh dia ngan geng 3/4 tahun: mikail, afiq and 2 girl perform..next year insyaallah imran akan join playschool..haha tak boleh malas bangun pagi lagi dikk...(imran pagi-pagi suka cakap "imran ngantukk laaa.."-sebab malas bangun)..
aparra....jarjit...hehe
tengokla dahi saya....tambah lagi parut-parut di dahi...
hadiah iyad and imran...

Semoga semua anak-anak taska anggur unggu berjaya pada masa depan, insyaallah. Thanks for now.

Friday, October 26, 2012

Salam Aidiladha

Tahun ni raya haji kami sambut di Bentong. Kurang busy siket sebab takder korban so buat makan-makan biasa je. Alhamdulillah, dapat gak rest..letih tul ngan ofis, tapi tempat tu la yang bagi rezeki, tak boleh mengeluh..selagi terdaya buat je la...yang best nyer dalam sibuk-sibuk dengan kerja ofis, sempat lagi aku habiskan kelas jahit yang dah banyak kali pospone..alhamdulillah-20&21 Okt. 2012 selamat siapkan satu baju kurung di mariatidesign (mariatidesign.blogspot.com)..tq kak tie n cikgu fatihah yang mengajar..hopefully pasni boleh jahit baju sendiri..
kena practice bagi pandai..supaya duit dan masa tak terbazir! ya allah bagi kekuatan & kesempatan...

Thursday, September 20, 2012

Wedding Sister In Law

Just nak keep in my blog, September 2012, wedding serentak adik ipar: Eishah & Aimi pada 16 September 2012..so aktiviti raya bersambung dengan aktiviti kenduri kawen, itu yang penat tapi alhamdulillah semua berjalan dengan baik...seronok sebab family dari Kuantan pon sempat datang..tahniah to my husband sebab dapat adik ipar baru..our family become bigger and bigger..haha..tahun depan kalau ada rezki boleh dapat anak saudara baru, mintak-mintakla baby girl..:)


1. Gambar kat meja pengantin punyerla ramai ahli keluarga, sampai muka aku tak masuk skrin..haha..
2. Kawan arab en azraei pon datang, cayalah.

Family Time

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Tahun 2012 ni rasenyer terlalu cepat berlalu. So fast..coming towards the end of the year. PM pon dah nak annouce bajet tahun depan. Kita ni plak asyik lari bajet jer..haha. anyway kehidupan harus diteruskan. Early this month (on weken) me and my family sempat ke The Mines untuk beli husband nyer phone. Cari nokia dual sim card. Murah tapi berbaloi beli. Siap ada radio tapi bkn touch screenla, nak buat lasak punyer. Kat The Mines now dah femes as IT Centre macam Low Yatt, so sapa-sapa dok ujung dunia KL bolehlah ke The Mines aje, tak yah ke area Bukit Bintang lagi, jimat masa jimat duit. Dah ulang kali pegi situ, this time around sempat ler naik cruise: 15 minit-dewasa RM22, kanak2 RM17...boleh ambil pakej yang lebih lama dan lebih aktiviti kalau sapa mampu. Seronok tengok budak-budak tu excited..hehe


note: thanks to cik zura yg sudi join blog ni..:) 

Monday, September 17, 2012

Raya 2012


Salam...gambar-gambar raya lagi..

1. Tiap-tiap tahun kena pujuk iyad untuk ambik gambar..
2. Pegi raya umah mak-mak sedara kat 'bukit'..
3. Walaupun raya, PSP tak tinggal.
4. Testing, testing..

Sunday, August 26, 2012

Aktiviti Cuti Raya

Seronok raya tahun ni, sebab family adik beradik lain pun balik kampung, tak mcm selalu, turn kitaorg balik kampung, diaorang beraya kt umah mentua, tahun ni family kakak sulung jer tak dapat jumpa...Raya kedua sempat lagi pegi mandi kt Air Terjun Sekayu, puas giler mandi..sejukk, mcm taknak naik...
Alhamdulillah kat KL tak jem sangat, cume bile masuk t'ganu  kena que  sikit...

berbesen-besen shopping kat kuala berang...huhu

rombongan cik kiah beraya..

raya kedua, beraya ke Air Terjun Sekayu..berbaloi-baloi..

semua jadi badak air..

Monday, August 13, 2012

Ramadhan Kareem and Eid Mubarak..

Assalamualaikum w.b.t...hehe mesti semua seronok tak lama nak raya kan..saya pon seronok, dapat cuti lama..hehe tambah2 lagi hari ni masuk gaji..before that, selamat meneruskan ibadah puasa yerk..tak wish hari tu..semoga ibadah puasa kita tahun ni diterima dan dapat berjumpa ramadhan akan datang..minggu-minggu terakhir puasa ni alhamdulillah Allah bagi ketenangan dan kelapangan untuk memikirkan kerja-kerja ofis..puasa-puasa pon kena buat kerja gak tau! hihi, ada orang macam suamiku masih bertungkus lumus nak setelkan kerja. Saya doakan semua yang masih terpaksa bekerja keras tu dapat diselesaikan, jangan lupa kerja kita tu pon ibadah, cuba usahankan dan mintak pada Allah (berkat bulan puasa)..tahun ni persiapan raya ala kadar jer..kuih raya pon beli siket2 jer..kagum pada diri sendiri sebab tak byk order kuih tahun ni, alhamdulillah..just beli yang nak makan dan yang diyakini sedap je...semalam lepas sampai dari rumah mak mentua sempatla makcik buat biskut..kekekeh..ntah apa nama biskut ni, kulit popia letak oat..dengan azam yang tinggi dapat gak sebalang lebih..kalo ada geng buat mesti dapat buat banyak..baru nak start buat, si abang dah sebok nak rasalah, nak tolonglah...haha bila diaorg tido barulah dapat fokus..anyway SELAMAT menyambut AIDILFITRI..semoga kebahagiaan kita semua berkekalan and semoga rezki kita semua bertambah-tambah lagi, insyaallah..
  

sapa suka boleh buat sendiri je..cepat buat, cepat makan..
beli kulit popia tu, pastu gulung-gulung, gunting-gunting, pastu gaul2 ngan gula ngan oat and ngan susu tepung..siap..cam senang je kan, tapi lenguh gak belakang nak membuatnyer....wassalam..

Tuesday, May 29, 2012

Ustaz Don in the house..


haha..duk belakang, tak zoom plak tu, hancuss gambar.
Title post ni sebenarnye ustaz sendiri yang sebut, kot ada orang post kat facebook guna ayat tu..ustaz don datang berkongsi ilmu kat ofis 28 Mei 2012 baru ni..alhamdulillah, berpusu-pusulah warga pejabat ini turun ke dewan untuk menyertai majlis ilmu ni. Ustaz tak macam biasa macam dalam tv, kali ni berkot bagai..tajuk yang dibincangkan 'Peranan Hati Dalam Membentuk Sahsiah Diri' (lebih kurang kot, note tinggal kat ofis)..Ustaz cerita:
1. Pengalaman beliau di tanah suci buat umrah - terasa terpanggil-panggil pulak nak ke sana. 
2. Kelebihan air zam-zam yang boleh menjadi penawar - hebatnya kuasa Allah.
3. Kelebihan membaca surah Al-Baqarah di dalam rumah - insyaallah dilindungi dari pelbagai unsur tidak baik. (boleh browse blog-blog yang banyak cerita pasal surah ni).
4. Ustaz kaitkan soal hati ni dengan ujian yang datang kepada Nabi Ibrahim serta anak & isteri serta kisah hati Rasulullah yang disucikan dengan air zam-zam semasa baginda kecil. - patutnya kisah-kisah nabi ni kena cerita ngan anak-anak yang tengah membesar sebab banyak pengajaran.

Nak jaga hati ni bukan senang, kadang macam sapa yang bekerja, mesti sometime alami situasi macam member nak ambik keje kitala, mesti ada rasa geram dan marah. So kalau hadapi situasi macam ni jangan pandang yang buruk, mungkin niat dia nak bantu walau tak diundang. Time tu mungkin rasa dialah musuh, tapi mungkin nanti dia akan jadi kawan. Itula manusia biasa ni, nak pujuk hati jadi baik, susahnyer..
Banyak lagila contoh kalau nak cerita, yang penting kita kena selalu redha, rezki Allah yang bagi, kalau kita punyer, mesti dapat jugak cepat atau lambat. Wallah hu alam.

Sunday, May 27, 2012

Pesta Buku Antarabangsa KL 2012

Tahun ni kami sekeluarga pergi lagi ke Pesta Buku yang berlangsung daripada 27 April 2012 hingga 6 Mei 2012. Pergi dah last day. Walau pun experience last year, dengan anak-anak buat perangai, dengan ramai orang..tahun ni kami pegi dengan LRT..huhu seronok si abang ngan adik yang tak penah-penah naik LRT..abangnye pernah la naik LRT masa kecik-kecik dolu..adik bercakap dalam tren macam duk dalam kereta, bising..dua beradik ni bertanya itu ini.."bila nak sampai? dah sampai ke?"..huhu, jauh tu sayang: Bukit Jalil ke PWTC..:) Antara buku yang dibeli untuk koleksi -novel Aini Effariza-Pencuri Cinta (dah habis baca pun: best), Novel hangat Syarifah Abu Salem dan 100 Wira Negara and buku anak-anak dari utusan yang mahal..nasib cik oja chubby kejer kat utusan..next year kalau ada rezki plan nak pegi ngan hubby je la, baru best nak pilih buku, tak pon pegi sendiri. Sesapa yang minat membaca atau buat koleksi buku, jangan ketinggalan pergi next year.

Friday, April 6, 2012

Kisah Percutian @ Kota kinabalu

Salam semua..nak menulis ni sebenarnya kena ada mood and idea..kekadang suasana/persekitaran mempengaruhi mood, betul tak..haha..itulah situasiku sekarang..meh la sini nak citer pasal trip ke KK baru ni..flight kitaorang tengah hari, sampai KK (hotel) dalam kul 3 petang. Check in kat Hotel Hii 5 tu..dapat satu bilik keluarga di aras G and 1 bilik kat tingkat 2..sempit tak hiingat, nak solat pon takde ruang. Pandai-pandaila buat mcm rumah sendiri..macam tu la nasib kalau ambik hotel murah..petang tu sempat jalan-jalan ke Tower Tun Mustapha, ambik2 gambar..
Ahli Rombongan Paling Bising
Sayangnya, time pegi Menara ni time orang balik kerja, jem, sampai pun dah gelap..Malam tu pegi kejap ke night market..kasi peluang geng rombongan usha-usha barang..hujan lak rintik2..3 budak kecik ni plak cam biasa buat perangai..malam nak start nak tido, kitaorang dengar ada orang tepekik, telolong. Alorr, rupanya kawasan 'hot spot' untuk golongan p****n..(husband malam tu baru nak tengok kat internet, alkisah kawasan kg air ni memang hot malam..aiseh!).
Hari kedua, pepagi lagi dah breakfast kat Restoren Sempelang (yang ni dekat dengan Hotel Deleton-nampak hotel ni macam ok)..terus gerak ke Kinabalu Park..mak aih..jauh benar..yang bestnyer dapat makan sup best kat kundasang..hujan lebat plak tu..tak sempat nak explore apa yang best dalam kinabalu park, just ambik gambar, makan aiskrim mahal-haha...sama jugak masa sampai kat Poring Hotspring, time anak start mandi, hujan lebat lagi..huhu..sebab dah petang so gerak balik ke hotel..singgah solat di kundasang (sejukk) and beli strawberry. Malam pegi night market lagi..beli lagi...haha



Hari Ketiga pun breakfast di Restoren Sempelang (yang ni dekat ngan market). Hari ni spent time kat Pasar Filipina plak..beli ikan bilis and keronsangla..pastu sempat ke Lok Kawi Zoo, bagi peluang kat budak 3 orang ni plak. Yang bestnyer lagi dapat peluang masuk kapal KD Kedah kat Teluk Sepangar..next day kami bertolak balik dengan flight kul 10.00 pagi. Hope semua gembira sepanjang percutian ni and yang penting semua sihat..bye n enjoy reading.



Sunday, March 18, 2012

Assalamualaikum w.b.t

Lama x menjengok ke sini..actually banyak benda yang boleh di share and salah satunya about our trip to Kota Kinabalu (coming soon within a few days). Tiket dah beli lama, konon-kononnya nak dapat murah, but then tengok early this year sama je harga kat web site Air Asia tu..saya dan family dah pernah bercuti ke KK ni dalam tahun 2008, masa tu anak sulung umur 1 tahun 1 bulan..this time kami akan pegi dengan family pulak..first time trip dengan family and first time bawak "adik imban" (anak kedua) naik flight..camne ler nanti..boleh behave ke tak budak ni..dulu memula kami book kat Tune Hotel but, time tu hotel tu baru sangat and jauh dari town so then kami check out and cari hotel lain..burn duit! so then stay kat King Park Hotel. Hotel ni lokasi ok, boleh jalan kaki je ke market tapi rate mahal siket..2 3 hari lepas dok browse cari hotel for next trip ni..banyak yang tak sesuai untuk bawak family..at last decide ambik je Hii 5 hotel through booking.com..bila browse review dalam agoda.com tu jadi pening nak pilih..tapi tu la lain orang lain citarasanyer..kalo tengok xder orang buat review untuk Hotel Hii 5..hehe hopefully okla untuk kami bermalam..sekarang ni nak kena plan tempat2 yang best kat KK tu..nanti balik saya share pengalaman trip ni ok..stay tune..
Kecik lagi abang masa ni...

Friday, February 10, 2012

Hikayat Safi Rania

Tersebutlah kisah..purnama demi purnama telah berlalu, pulanglah kekandanya ke kampung halaman..bertemu jua sanak saudara yang telah lama dia tinggalkan. Arakian berkumpul itu, maka terbitlah kisah satu ubat mujarab diberi nama safi rania. Maka dikhabarkan ia, wajahnya akan menjadi bercahaya, muda remaja andaikata ditempekkan dengan safi rania jua. Maka tanpa berlengah bergegaslah adinda adindanya hatta seluruh keluarganya keluar mencari ubat mujarab itu jua.Pabila sudah berada digenggaman, ditempekkan ke muka siang dan malam. Sukalah hati adindanya dan jua kaum keluarganya. Wajahnya bertambah berseri-seri, ceria. Adapun jua, bintik-bintik hitam masih bersisa, diyakini ia akan sembuh jua akhirnya..

Percubaan pertama menulis hikayat, ada talent tak. Kalau masuk contest Safi Rania maybe boleh menang ni..hehe, bila diaorg nak buat nih.

Gambar ini hanya sekadar hiasan dang tiada kena mengena dengan mana-mana pihak.

Friday, January 27, 2012

my sweet home 1

somewhere in Mac 2011 yang lepas, kami dah buat 1st renovation kat rumah kitaorang ni. Deal dengan kawan-kawan-it's about 30K+. Quality? So far so good..:) So then, depan dan dapur seems like dah okla..but now yang perlu sangat nak upgrade adalah tangga. We do think kalau nak buat baru tangga ni maybe tak mampu, so the idea now just nak pasang kabinet kat bawah tangga tu, maybe just built in a small stor like that.. Sekarang ni baru nak start survey kontraktor and dapatkan quotation. My pleasure if there is any proposal about the design and also the price for this renovation. Hope can share with me, most welcome. Tq
staircase 1
staircase 2

Friday, January 13, 2012

Happy New Year

It's better late than never..just nak wish happy new year to all..right now busy with 'kibar bendera' for Federal Territory Day on 1st February..last year punyer kerja pun belum settle..uff..i need to take a break..buat apa yang mampu and pray for the best..remember my words: "we do the best, Allah do the rest"..

Sapa yang belum kenal bendera Wilayah Persekutuan ini dia yer..tq for watching!

Blogger templates

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...