Selamat Berblogging Semua..

Selamat Berblogging Semua..

Monday, July 18, 2011

Aku dan kehidupan...Part 2

Akhirnya sampai juga seru untuk pegi bercuti. :), percutian ke Bandung 1-4 Julai 2011 (Jumaat – Isnin). Alhamdulillah semua urusan berjalan dengan lancar. Duitnyer pon berjalan ‘lancar’ haha. Paling best dapat ke Tangkuban Perahu. Situ memang bestla. Menakjubkan. Walaupun pada awalnya, ada penasihat bagitau, kalau nak pegi shopping kat Bandung tak perlu pegi Tangkuban tu..nasib gak pegi dapat tengok dan rasa sendiri keindahan kawasan tu. Pada aku kalau setakat nak shopping je tak berbaloi pula bercuti jauh-jauh. Tapi at least dah kenal la Bandung yang menjadi sebutan tu.   
Just for reminder, kalau nak pegi jalan mana-mana mesti cek situasi di kawasan yang nak dituju tu. For example, percutian kami ke Bandung ni time Indonesia cuti sekolah. So ramai dari Jakarta turun ke Bandung untuk shopping. Jadinyer macet bangat di Bandung sampai kami punya supir tergesel keretanya dengan pemandu lain. (hopefully dia dapat setel). Barang-barang kat sana lebih kurang sama. Nak memilih barang pon sesak nafas sebab terlampau ramai orang dan dikejar oleh penjual2 tak berlesen. Kalau sapa berminat nak cari telekung kat sana ok, murah dan banyak jugak pilihan. Kadar kemiskinan di Bandung mesti tinggi, penuh dengan peminta sedekah dan peniaga jalanan, mencari rezki sesuap nasi. Bersyukurla jadi rakyat Malaysia! Sangat! J emo plak aku pegi sana..dah sampai Bandung pon jalan masjid India tetap di hatiku..kuang kuang kuang.

(for more picture u are welcome to my Flickr: just click at My Foto Album-below of this blog. Tq

Blogger templates

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...