Selamat Berblogging Semua..

Selamat Berblogging Semua..

Tuesday, January 19, 2016

Menulis

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh
Selamat Sejahtera

Tajuk macam bagus. :) . Bolehlah yer, janji entry ni memang ada kaitan dengan menulis. Membaca dan mewarna kemudian kita belajar yer. Hehe..

Lupa. Sinonim betul perkataan ni dengan aku. Bila tak dicatitkan sesuatu peristiwa, perkara tu akan berlalu macam tu sahaja. Kecuali..haa..ada kecuali tuh..benda yang menyakitkan hati atau menyedihkan..mesti diingat sampai bila-bila..hahah..jadi mulai hari ini saya berazam akan bermula semula aktiviti penulisan ini. Azam 2016, teruskan menulis sampai tulisan jadi cantik (sekarang banyak menaip, so tulisan ntah apa-apa = cakar ayam).

sumber: google
Bila sesuatu peristiwa dicatit di telefon, once tukar telefon, semuanya hilang..saya berpandangan kaedah lama iaitu menulis diari amat praktikal sebenarnya. Kalau rajin buat pelaporan di FB pon mungkin ok..sebab FB sekarang akan remind owner apa yang pernah di post sebelum ini..

Syukur juga di zaman sekarang ni, ada camera handphone. So banyak membantu kita mengingat semula peristiwa yang telah dilalui. Samalah macam menghafaz al-quran. Punyalah payah nak mengingat. Sepanjang tahun 2015, anak-anak dan suami telah hafal beberapa surah, sedangkan saya sendiri tak mampu nak menambah hafalan. Kecewa disitu! Cuma ayat menyusukan baby je dapat dihafal. Mungkin berkat bangun malam memerah susu, ayat tu dapat diingati hingga ke saat ini. Insyaallah. Dengan bertambahnya usia, saya berdoa akan dibukakan pintu-pintu rahmat buatku untuk berbakti kepada sesama islam dan menambahbaik semua elemen kehidupan. Fokus, proaktif dan positif.

End.

Tuesday, January 12, 2016

Selamat datang 2016

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Entry 1 untuk 2016. 2015 ditinggalkan sebagai kenangan..banyak yang ingin dicoretkan antaranya percutian keluarga ke Padang Indonesia, cerita-cerita arnab dan tanaman namun masa berlalu terlalu pantas..sememangnya bermula bulan Oktober 2015, kesibukkan dengan kerja ofis amat memenatkan..bila sampai je kat rumah dah tak berdaya nak uruskan hal-hal rumah...buat apa yang perlu dan patut saja...nak update blog pon terus hilang mood..awal-awal tahun ni pasang azam nak selalu menulis, tapi biasalah..bila dah busy nanti....huhu..

Alhamdulillah, tahun ni 1 lagi hero memasuki alam persekolahan..imran umair..orientasi diadakan pada 2 Januari 2016..nampak macam boleh berdikari, tapi belum tentu..hehe..Seminggu saya dan suami menemankan ke sekolah..syukur abangnya boleh diharap..abang pulak dah jadi pengawas tahun ni..garangnya bukan main lagi..:)

Pagi sekolah kebangsaan, petang pulak kafa..masa mereka terisi dengan menuntut ilmu..semoga dapat dimanfaat oleh mereka untuk bekalan di masa hadapan..sama-sama kita doakan yang terbaik untuk anak-anak pinjaman Allah ini..saya doakan yang baik untuk anak-anak sahabat yang membaca coretan ini..

Selamat menghadapi cabaran 2016..don't give up! fighting!

Wassalam.



Blogger templates

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...