Selamat Berblogging Semua..

Selamat Berblogging Semua..

Friday, September 9, 2011

29 Julai 2011 (Jumaat)Program Pusat Jagaan Kanak-kanak Anggur Ungu


Program ini diadakan atas usaha pengetua dan guru sempena Hari Sukan sekolah anak aku dan majlis bacaan doa selamat sempena menyambut ramadan al-mubarak. Apa yang nak dikongsikan disini ialah perasaan bangga seorang ibu bila anak sulungnya berjaya menguasai ajaran guru di sekolah. Dalam program tu iyad terlibat dengan bacaan anakku (b.melayu) untuk pelajar empat tahun. Cumanya program kelam kabut sikit dan bacaan jadi kurang kedengaran..:) xpela, yang penting sikit2 dia dah boleh baca. Tq kepada cikgu2 yang mengajarnya..program start jam 6 petang tapi sebab buat hari jumaat so kami sampai lepas maghrib. Terus iyad mula baca buku. Lepas tu penyampaian untuk aktiviti sukan. Iyad berjaya juga mendapatkan 2 medal untuk aktiviti sukan..walaupun he’s not the best in his class but for us he is the best and proud of him. Doa kami semoga kejayaan iyad akan berterusan dan semoga semakin maju. Jadilah contoh yang baik untuk adikmu sayang. Alhamdulillah so far untuk mengaji pun dia dah mengenal huruf cumanya kadang2 suka sangat main! Budakla katakan..semoga iyad jadi anak soleh dan anak yang menghormati ibu bapa dan orang tua. Dengan kesibukkan kerja, masa yang singkat untuk mengajarnya dirumah kami amat bersyukur dengan pencapaiannya sehingga sekarang. Ada orang kata baru empat tahun.. panjang lagi perjalanan hidup. Iya memang betul tu, sebagai hambaNya kita hanya mampu merancang dan mendoakan yang terbaik untuk anak-anak dan hidup kita sendiri. Semoga kita tergolong dikalangan yang berjaya dunia dan akhirat, insyaallah.
(dah cuba tampal gambar, tapi error..takpe next time)

Blogger templates

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...