Selamat Berblogging Semua..

Selamat Berblogging Semua..

Tuesday, December 13, 2011

Sharing is Caring

 
 
Salam. Saja nak kongsi lagi info pasal trip ke Bandung hari tu. Ini lebih khusus untuk Tangkuban perahu. Tangkuban Perahu ni bererti perahu yang terbalik. Bagi masyarakat setempat terdapat satu kisah lagenda yang menceritakan perihal perahu yang terbalik ini (bolehla search kat google kalau minat nak tahu). Sehingga ke hari ini Gunung Tangkuban Perahu telah menjadi destinasi /tempat rekreasi yang indah dan merupakan ciptaan Tuhan yang sangat menakjubkan.

Gunung Tangkuban Perahu berketinggian 2,084 m terletak di daerah Jawa Barat, Indonesia. Sekiranya anda berkesempatan untuk ke sana janganla lepaskan peluang. Melalui pengalaman kami sendiri yang telah berpeluang pergi ke sana, amat berbaloi walaupun perlu pergi seawal pagi supaya sampai di kaki Gunung sekitar jam 7 pagi. (kena que lagi tu). Dari jauh kita dah boleh bau belerang kawah gunung ni. Memang pengalaman. Ada juga rasa risau tapi alhamdulillah semuanya ok. Kalau rajin boleh mengelilingi kawasan gunung kerana trek ada disediakan. Masa sejam ke dua jam mencukupi untuk merakamkan pemandangan indah di sini. That's all for now. 

Blogger templates

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...