Selamat Berblogging Semua..

Selamat Berblogging Semua..

Wednesday, May 21, 2014

Cuti Sekolah- LEGOLAND

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Pejam celik pejam celik, cuti sekolah is on the way..cuti penggal kedua la kan..u all dah plan ke nak ke mana bawa anak-anak or spent time ngan family kat mana-mana? Actually for us, memang kena balik kg sebab adik kawin..so maybe this time ummi xde plan apa-apa untuk cuti sekolah. Just spent cuti untuk kenduri tu nanti. 

Abang (iyad umair - anak sulung) dah siap bagi idea, "ummi..iyad nak pegi rumah mahsuri lar cuti nanti.."..hoho..ada plak makhluk dok cerita pasal makam mahsuri kat dia ni.."he he..abang ingat makam mahsuri tu dekat ke? itu kat Langkawi tau..kita kan dah gi Langkawi dulu.." senyap terus si abang..'mak suke nak kalo pegi Langkawi..bleh la mak tawaf kompleks HIG..'

So, dah explain kat Abang, kite tak boleh pegi makam mahsuri sebab ummi dah tak boleh naik flight so kite pegi nanti-nanti bawak baby pulak..

Untuk cuti sekolah yang lepas (bulan Mac), atas permintaan Abang jugak merasalah kami perabihkan duit ke Legoland. Mula-mula bukak website legoland tu, tertelan jugak air liur menengokkan harga tiket..mak ai mahalnyer..berbaloi ke..bila kira-kira semula dan kebetulan dapat duit kutu bulan 3 so ok je la dengan idea abang tu..kebanyakan blogger yang dah pegi ke Legoland sarankan untuk beli tiket melalui online. So kami pon beli online and memang murah sikit then masa kat entrance terus beratur untuk masuk ke dalam. (untuk harga tiket just tengok kat website Legoland)..we all ambik combo tiket (theme park dan water park)..rm500++

Aku plan baik punya..pegi hari Ahad (23/3), stay semalam kat Seri Malaysia Larkin..malam tu menjamu selera di Stulang Laut..walaupun time tu tengah pening and mabuk, just gagahkan diri untuk anak-anak..Esoknya baru gerak ke Legoland..

ramai juga walaupun weekday..namanye pon cuti sekolah..
Parking kereta kat Medini Mall sebab entrance ke Legoland ni dekat dengan Medini Mall..

seperti biasa, abbi dilantik jadi tourist guide..hehe 

Kat dalam tu ikut je la peta yang disediakan. Peta ni lar yang si Abang dan imran nak sesangat..nak tunjuk kat kawan-kawan kat sekolah..huhu..

Memula kite round dulu kat taman-taman lego pastu baru pegi main air..

Imran belom cukup tinggi untuk masuk sini..tengok jer dari luar..kesian..

Kebanyakan game yang disediakan di Taman Tema ikut ketinggian kanak-kanak..so banyak juga game yang imran tak dapat join sebab tak cukup tinggi lagi..so kalo anak masih 4 tahun ke bawah belom sesuai nak bawa ke sini..(kecuali genetik memang tinggi). Kesian bila imran tanya "ummi, kenapa imran tak boleh main.."

And budak-budak seusia ni bukan suka sangat nak ronda-ronda tengok taman lego sebab dah tak sabar nak masuk water park..ummi jadi peneman je and pencadang and penjaga barang..rugi siot..huhu.

Ini di Taman Lego yer bukan KLCC
Pendekkan cerita, satu hari memang tak puas la nak habiskan semua aktiviti kat dalam ni..banyak yang kami skip sebab anak dah penat berjalan dan tak sabar nak main air..


Ambikk..main air sampai lebammm..ummi berbaring je kat kerusi tepi kolam..tak daya nak join. Kalau tidak mabuk pregnant, ummi pon sama naik ngan budak-budak ni main air..

imran dah penat sampai tecongok depan 'kawan' baik ummi n abbi..'maybank2u kawanku..hehe'

Sebelum balik singgah lar kedai sourvenir beli apa yang patut dan tak patut. Kereta bergerak je ummi, abang and imran terus tido..hehe abbi drive terus sampai umah..terima kasih abbi..ur our sunshine and umbrella..

So..next cuti sekolah kita citer pasal kenduri je lar..sebab belom plan apa-apa..

K Bai.. 

Wednesday, May 14, 2014

2014 Yang Penuh Makna

Assalamualaikum w.b.t dan hai semua..

ALHAMDULILLAH..

Bagaimana nak mula yer? Rupanya menulis ni bukan kerja yang mudah. Walaupun minat menggunung tapi jika tak disertai kerajinan, jangan harap ada hasilnya...:)

Alhamdulillah..sekali lagi..syukur! selamat melalui fasa 'morning sickness' pregnancy ke empat (ke 3 - mc), hopefully baby ummi dalam perut ni sihat & sempurna hendaknya..

#sedang tengah ada mood nak buat entry, teacher sekolah abang call: "saya dari sktd, ni ibu iyad ke?" "yer saya, ada apa yer?" jantung dah dup dap.."nak bgtau ni iyad cirit birit, so dia tak dapat nak buat exam kedua (Pend Islam) ni, boleh tak datang ambik dia?" "hah? yer ke..ok2..sy dtg sekarang.."#conversation yg dipendekkan# - 06052014 UJIAN KEHIDUPAN..:)

Walaupun sebaik mana dirancang - ummi dengan gigihnya mengasah pensil malam harinya, sediakan kelengkapan dan sarapan pagi supaya anak selesa hadapi exam tapi kuasa penentu semua di tangan Tuhan - REDHA 

Ini merupakan entry pertama untuk tahun 2014. Walaupun sebenarnya banyak yang dah berlaku sepanjang beberapa bulan ni. Insyaallah kalo ada semangat dan kelapangan akan dikongsikan.

Di awal pregnant hari tu (awal tahun) masih ok tapi bila masuk minggu ke 6, baru start letih, mabuk and mual segala..alhamdulillah dalam 15 minggu pregnant (pertengahan April) macam tu dah kembali ok and rasa macam diri sendiri dah..haha sebab sebelum ni rasa macam serabai gile..:). Baby pon dah rase gerak-gerak..

Untuk entry kali ni just nak share pasal adik nyer wedding hujung Januari lepas..


Seronok time wedding ni sebab time ni je la dapat kumpul semua adik beradik and anak-anak buah yang ramai. Even time raya pon belum dapat kumpul semua camni. Saya n husband ingat boleh la rileks2..xde maknanyer..hehe tugasan sedia menanti..biasela nama pun kenduri..nasib baik husbandku sporting, dialah tukang baca doa, penyambut tetamu, tukang kaut bla bla bla sebab yang lain semua nak jadi orang dapur..dah la tak brief awal-awal..hihi ingat program ofis ke nak brief segala..

Next day tu terus ke Pengkalan Chepa untuk majlis sebelah lelaki..best dapat gi Pasar Besar Siti Khadijah..cuci mata and perabih duit..:(


Alhamdulillah dah selamat jadi isteri orang. Semoga jodoh berkekalan dan dimurahkan rezki keluarga. Lepas ni adik bongsu punye turn plak. Tak lame dah..hujung bulan ni, insyallah..

Thanks sudi singgah!
Sekian.
  

Blogger templates

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...