Selamat Berblogging Semua..

Selamat Berblogging Semua..

Tuesday, December 13, 2011

Sharing is Caring

 
 
Salam. Saja nak kongsi lagi info pasal trip ke Bandung hari tu. Ini lebih khusus untuk Tangkuban perahu. Tangkuban Perahu ni bererti perahu yang terbalik. Bagi masyarakat setempat terdapat satu kisah lagenda yang menceritakan perihal perahu yang terbalik ini (bolehla search kat google kalau minat nak tahu). Sehingga ke hari ini Gunung Tangkuban Perahu telah menjadi destinasi /tempat rekreasi yang indah dan merupakan ciptaan Tuhan yang sangat menakjubkan.

Gunung Tangkuban Perahu berketinggian 2,084 m terletak di daerah Jawa Barat, Indonesia. Sekiranya anda berkesempatan untuk ke sana janganla lepaskan peluang. Melalui pengalaman kami sendiri yang telah berpeluang pergi ke sana, amat berbaloi walaupun perlu pergi seawal pagi supaya sampai di kaki Gunung sekitar jam 7 pagi. (kena que lagi tu). Dari jauh kita dah boleh bau belerang kawah gunung ni. Memang pengalaman. Ada juga rasa risau tapi alhamdulillah semuanya ok. Kalau rajin boleh mengelilingi kawasan gunung kerana trek ada disediakan. Masa sejam ke dua jam mencukupi untuk merakamkan pemandangan indah di sini. That's all for now. 

Thursday, October 20, 2011

Cerita Pasal handphone..

Post ni sudah disiapkan dalam bulan Oktober lagi sebenarnya, tapi baru berkesempatan nak publish bulan ni. Ini luahan perasaan bila kehilangan hand phone yang telah dihadiahkan oleh husband - "haha..bukan apa rasa geram pasal handphone jatuh dlm toilet ni masih lagi aku rasai...sedeynyer pemberian hubby utk befday yang ke 31 lesap camtu jer. Baru beberapa bulan pakai. Yang bestnyer dia jugak belikan telefon baru (tq dear)..personally masih setia dengan nokia. Function special cam radio FM memang sesuailah ngan jiwa aku, haha..dah dapat yang baru ni cam fobia plak, anak nak main game pun dah kedekut, takut hilangg..haha trauma.." - sekarang ni dah ok, anak pon dah buat hand phone baru ni macam public phone jer, sesuka hati nak main game. Moral of the story: jgn bawak phone masuk toilet.

Friday, September 9, 2011

29 Julai 2011 (Jumaat)Program Pusat Jagaan Kanak-kanak Anggur Ungu


Program ini diadakan atas usaha pengetua dan guru sempena Hari Sukan sekolah anak aku dan majlis bacaan doa selamat sempena menyambut ramadan al-mubarak. Apa yang nak dikongsikan disini ialah perasaan bangga seorang ibu bila anak sulungnya berjaya menguasai ajaran guru di sekolah. Dalam program tu iyad terlibat dengan bacaan anakku (b.melayu) untuk pelajar empat tahun. Cumanya program kelam kabut sikit dan bacaan jadi kurang kedengaran..:) xpela, yang penting sikit2 dia dah boleh baca. Tq kepada cikgu2 yang mengajarnya..program start jam 6 petang tapi sebab buat hari jumaat so kami sampai lepas maghrib. Terus iyad mula baca buku. Lepas tu penyampaian untuk aktiviti sukan. Iyad berjaya juga mendapatkan 2 medal untuk aktiviti sukan..walaupun he’s not the best in his class but for us he is the best and proud of him. Doa kami semoga kejayaan iyad akan berterusan dan semoga semakin maju. Jadilah contoh yang baik untuk adikmu sayang. Alhamdulillah so far untuk mengaji pun dia dah mengenal huruf cumanya kadang2 suka sangat main! Budakla katakan..semoga iyad jadi anak soleh dan anak yang menghormati ibu bapa dan orang tua. Dengan kesibukkan kerja, masa yang singkat untuk mengajarnya dirumah kami amat bersyukur dengan pencapaiannya sehingga sekarang. Ada orang kata baru empat tahun.. panjang lagi perjalanan hidup. Iya memang betul tu, sebagai hambaNya kita hanya mampu merancang dan mendoakan yang terbaik untuk anak-anak dan hidup kita sendiri. Semoga kita tergolong dikalangan yang berjaya dunia dan akhirat, insyaallah.
(dah cuba tampal gambar, tapi error..takpe next time)

Monday, July 18, 2011

Aku dan kehidupan...Part 2

Akhirnya sampai juga seru untuk pegi bercuti. :), percutian ke Bandung 1-4 Julai 2011 (Jumaat – Isnin). Alhamdulillah semua urusan berjalan dengan lancar. Duitnyer pon berjalan ‘lancar’ haha. Paling best dapat ke Tangkuban Perahu. Situ memang bestla. Menakjubkan. Walaupun pada awalnya, ada penasihat bagitau, kalau nak pegi shopping kat Bandung tak perlu pegi Tangkuban tu..nasib gak pegi dapat tengok dan rasa sendiri keindahan kawasan tu. Pada aku kalau setakat nak shopping je tak berbaloi pula bercuti jauh-jauh. Tapi at least dah kenal la Bandung yang menjadi sebutan tu.   
Just for reminder, kalau nak pegi jalan mana-mana mesti cek situasi di kawasan yang nak dituju tu. For example, percutian kami ke Bandung ni time Indonesia cuti sekolah. So ramai dari Jakarta turun ke Bandung untuk shopping. Jadinyer macet bangat di Bandung sampai kami punya supir tergesel keretanya dengan pemandu lain. (hopefully dia dapat setel). Barang-barang kat sana lebih kurang sama. Nak memilih barang pon sesak nafas sebab terlampau ramai orang dan dikejar oleh penjual2 tak berlesen. Kalau sapa berminat nak cari telekung kat sana ok, murah dan banyak jugak pilihan. Kadar kemiskinan di Bandung mesti tinggi, penuh dengan peminta sedekah dan peniaga jalanan, mencari rezki sesuap nasi. Bersyukurla jadi rakyat Malaysia! Sangat! J emo plak aku pegi sana..dah sampai Bandung pon jalan masjid India tetap di hatiku..kuang kuang kuang.

(for more picture u are welcome to my Flickr: just click at My Foto Album-below of this blog. Tq

Wednesday, May 11, 2011

Aku dan kehidupan...

salam. akhir-akhir ni rasanya agak kesibukkan dengan kerja dan kerja dirumah (bukan kerja dari rumah)..just nak share apa yang aku dapat dari seminar KIK semalam yang aku rasa patut kita sama-sama praktikkan dan banyak kebaikkannya. Dia kata:
7 tabiat melakukan 'mind reset'
1. jgn cepat menolak sesuatu idea sbg bodoh
2. krgkan berckp dan byk mendengar
3. bertanya berbagai soalan
4. tinjau segala kemungkinan
5. cenderung untuk mengatakan 'ya' atau 'mungkin' bukannya 'tidak'
6. membaca untuk menambah pengetahuan
7. melancung untuk melihat dunia
 petikan paper oleh: en. hussein b. arief
kepada yang sudi membaca blog ni, sama-sama kita kongsi ilmu yang bermanfaat ini. :)

Friday, April 29, 2011

Shoutmix Chat box

Mencabar tul la nak belajar buat blog ni..baru la aku dpt rasa otak aku bekerja keras mcm  nak dptkan cara yang betul, tp at last tak dpt jugak..hehe, try la jln2 kt blog lain tp cara sifu2 ni terangkan tak dpt aku ikut atau aku yg x paham2..aku dah register kat shoutmix tu dah dpt code tp ntah camne la nak paste kat nyer blog nih..semuanya keluar add gadget so bile bukak add by own die keluar url..camne ni..sakitnyer jiwa..boleh senyum lagi..xper2 jgn putus asa..bg otak ni bekerja siket.

Friday, April 22, 2011

Nama Blog

hehe..dah jumpa nama blog yang rasanya sesuai dengan jiwa. Dekorasi ni tak semestinya nak hias rumah jer kan, pengertian dia luas..so for me, i dedicate this blog for myself so jadilah ianya satu perhiasan dalam hidup aku. Apabenda yang aku ngomel ni..hihi..so welcome for visitor yang sudi view blog ni. Segala yang dipaparkan didalam blog ni hopefully tak menyentuh sensitiviti sesiapa..kita kawan tak mau lawan ok..assalaa..mualaikum!

Thursday, April 21, 2011

Nama Blog

Hi..saya ni masih baru lagi berblogging ni. Tapi bila berjaya publish satu2 entry rasa seronok pulak yer. Sekarang ni masih lagi belajar2 nak improve presentation blog ni, n lagi satu pasal nama blog..hari tu letak tintaemas sebab rasanya kalau dapat menulis(taip) rasa berharga sangat..tapi rasa nak tukar pada yang menunjukkan identity diri sikit..takde idea..blog ni akan digunakan both personal and lain2 (termasuk bisnes-coming soon :)). Mana nak carik idea yer nama yang commercial n ada trademark (itu tip yang dibaca dari blogger2 senior)..kena fikir fikir dulu..adios :)

Tuesday, April 19, 2011

Weken@Janda Baik 17.4.2011


Bestnye pegi kat sini..cuma sungai ni byk batu, setakat berendam bolehla. Sampai sini dalam pukul 10 pagi, terus terjun sungai dengan 2 org hero kesayangan. Yang best tu dpt bakar ikan tepi sungai n makan fresh2..ayah mertua siap bakar lemang lagi..tak dilupakan dapat belasah durian..kat KL mahal, kat sini FOC.

B'day Anak Sulung






B'day my eldest son at 16th April lepas..kek pertama tu his beloved abbi belikan, then sambut ala kadar jer kt rumah. His mom and dad not enough time to plan a party for him sbb busy ngan rumah tgh renovate n ngan keje lagi. Any way we love u dear. And the 2nd kek dibuat khas oleh wan (nenek) nya..then celebrate di dalam hutan kat Janda Baik..feel guilty to him sbb buat ala kadar je, tapi ok la tu kan..insyaallah ada rezki kite buat kenduri doa selamat, lebih afdal lagi.

Thursday, April 14, 2011

Lama suda..

Harimau..lama x jumpa, knapa ko termenung jauh tuh..hehe. Gambar harimau ni diambil Mei 2008, masa ni bawa anak sulung cuti2 ke Sabah, di Lok Kawi Zoo. Dok belek2 gambar tejumpa lak gambar ibu harimau ni..u looking so cool..:) Dah lama suda tak travel ngan family jauh2, bila la rezki nak sampai ni. Ingat nak becuti ke Bandung, tp sana sini gempa bumi risau jugak..thanks rimau jadi model blog aku hohoh..(versi harimau)! :)

Wednesday, April 13, 2011

Semangat

Salam semua..Semangat sungguh rasenyer semalam dan hari ini..hopefully berterusanlah hendaknya..semalam aku bertuah dapat mengikuti sesi ilmu oleh Pak Din dari JPA, cerita pasal Keseronokan Bekerja..alhamdulillah rasenye ilmu yang disampaikan tu meresap dalam diri nih..apabila kite buat sesuatu dengan niat yang baik kite akan rasa lega dan selesa..Pak Din kata kite kena bersangka baik, barulah kite tak tension kan..kan. Terima Kasih Pak Din atas nasihat dan ilmu tu! semoga Allah memberi balasan yang baik kepada Pak Din, insyaallah.

'bersemangatlah dalam berkara yang bermanfaat bagimu"..wasiat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada umatnya. (petikan dari sebuah laman web)

Tuesday, April 12, 2011

Kenapa ya?

Kenapa aku bukak blog? why am i..kekeh: bukak blog tutup blog..itula keje aku..habuk pun tarak..masa..yess..keterbatasan masa yang dikatakan emas tu yang menyebabkan blog yang aku bukak tak boleh remain..fokus..we have to focus on what we want..right? hopefully..aku dpt change myself jadi org yang telebih rajin dalam dunia ni? uishh bleh ker..insyaallah.

Blogger templates

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...