Selamat Berblogging Semua..

Selamat Berblogging Semua..

Thursday, December 4, 2014

2014 episod 01 - Pulau Cekas, Ulu Dong Raub

Bismillah

Assalamualaikum wbt

Selamat Sejahtera

Penulisan di blog ini mungkin tidak teratur peristiwanya, harap maklum pada yang sudi membaca..;)) 

Setelah berbulan-bulan tiada update, ingin sekali rasanya bercerita apa yang telah dilalui sepanjang tahun ini sebagai catatan kenangan.

Begitu banyak cerita, ada suka ada duka..(pinjam lirik lagu Datuk CT)..fb dan whatapps lebih didahulukan berbanding blog untuk sharing..tapi saya sendiri pun jarang ber fb, just bukak sekali sekala..coretan di blog lebih feeling (erkk)..

Actually nk share, hari tu ( dah lame ler tu..), kami sekeluarga telah pergi berseronok (ewahh..) aka mandi manda di Pulau Cekas, Ulu Dong, Raub.


Tempat ni diperkenalkan oleh mak n pak sedara husband. 
Perjalanan agak memenatkan..tapi pabila sampai, bunyi deruan air sungai amat menyamankan..


Chalet yang kami duduk pun bersih dan selesa..


Ada rezki harus repeat lagi ke Pulau Cekas. Jangan lupa yer u ol, ini antara tempat percutian yang best di Negeri Pahang.

Ni no contact owner / pengurus chalet ni yang ditampal di information board chalet.


End of Ep01 - TQ

Chow!

Wednesday, August 13, 2014

Muhasabah Diri

Assalamualaikum w.b.t

Pagi tadi semasa dalam perjalanan ke ofis, terdengar lagu ni di radio IKIM..penyanyinya dah 5 tahun (kalau tak silap dengar di radio tadi) meninggalkan kita iaitu arwah ustaz asri (kumpulan rabbani)..sayu je bila dengar dalam kereta dah tu awal pagi pulak..:( ..kat sini saya share liriknya untuk muhasabah diri kita bersama..
Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya

Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita

Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga

Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki..semuanya kepunyaan Allah! 
:))..sekian..

#Hari ni cek up 32 minggu..semoga dipermudahkan urusanku..

Thursday, July 24, 2014

Selamat Menyambut Hari Lebaran

Assalam dan Hai Semua

Lama tak bersiaran. :) 

Semoga Ramadhan ini membawa kebahagian kepada u all semua. 

So far alhamdulillah masih berpuasa penuh. Semoga kita semua dipanjangkan usia untuk bertemu Ramadhan yang akan datang. Penuhilah malam-malam terakhir Ramadhan ini dengan amal ibadat dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk setiap hambaNya..

Tak terlalu awal rasanya..saya ucapkan selamat berhari raya kepada semua..
Salam ikhlas,

Dariku dan keluarga.


Wednesday, May 21, 2014

Cuti Sekolah- LEGOLAND

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Pejam celik pejam celik, cuti sekolah is on the way..cuti penggal kedua la kan..u all dah plan ke nak ke mana bawa anak-anak or spent time ngan family kat mana-mana? Actually for us, memang kena balik kg sebab adik kawin..so maybe this time ummi xde plan apa-apa untuk cuti sekolah. Just spent cuti untuk kenduri tu nanti. 

Abang (iyad umair - anak sulung) dah siap bagi idea, "ummi..iyad nak pegi rumah mahsuri lar cuti nanti.."..hoho..ada plak makhluk dok cerita pasal makam mahsuri kat dia ni.."he he..abang ingat makam mahsuri tu dekat ke? itu kat Langkawi tau..kita kan dah gi Langkawi dulu.." senyap terus si abang..'mak suke nak kalo pegi Langkawi..bleh la mak tawaf kompleks HIG..'

So, dah explain kat Abang, kite tak boleh pegi makam mahsuri sebab ummi dah tak boleh naik flight so kite pegi nanti-nanti bawak baby pulak..

Untuk cuti sekolah yang lepas (bulan Mac), atas permintaan Abang jugak merasalah kami perabihkan duit ke Legoland. Mula-mula bukak website legoland tu, tertelan jugak air liur menengokkan harga tiket..mak ai mahalnyer..berbaloi ke..bila kira-kira semula dan kebetulan dapat duit kutu bulan 3 so ok je la dengan idea abang tu..kebanyakan blogger yang dah pegi ke Legoland sarankan untuk beli tiket melalui online. So kami pon beli online and memang murah sikit then masa kat entrance terus beratur untuk masuk ke dalam. (untuk harga tiket just tengok kat website Legoland)..we all ambik combo tiket (theme park dan water park)..rm500++

Aku plan baik punya..pegi hari Ahad (23/3), stay semalam kat Seri Malaysia Larkin..malam tu menjamu selera di Stulang Laut..walaupun time tu tengah pening and mabuk, just gagahkan diri untuk anak-anak..Esoknya baru gerak ke Legoland..

ramai juga walaupun weekday..namanye pon cuti sekolah..
Parking kereta kat Medini Mall sebab entrance ke Legoland ni dekat dengan Medini Mall..

seperti biasa, abbi dilantik jadi tourist guide..hehe 

Kat dalam tu ikut je la peta yang disediakan. Peta ni lar yang si Abang dan imran nak sesangat..nak tunjuk kat kawan-kawan kat sekolah..huhu..

Memula kite round dulu kat taman-taman lego pastu baru pegi main air..

Imran belom cukup tinggi untuk masuk sini..tengok jer dari luar..kesian..

Kebanyakan game yang disediakan di Taman Tema ikut ketinggian kanak-kanak..so banyak juga game yang imran tak dapat join sebab tak cukup tinggi lagi..so kalo anak masih 4 tahun ke bawah belom sesuai nak bawa ke sini..(kecuali genetik memang tinggi). Kesian bila imran tanya "ummi, kenapa imran tak boleh main.."

And budak-budak seusia ni bukan suka sangat nak ronda-ronda tengok taman lego sebab dah tak sabar nak masuk water park..ummi jadi peneman je and pencadang and penjaga barang..rugi siot..huhu.

Ini di Taman Lego yer bukan KLCC
Pendekkan cerita, satu hari memang tak puas la nak habiskan semua aktiviti kat dalam ni..banyak yang kami skip sebab anak dah penat berjalan dan tak sabar nak main air..


Ambikk..main air sampai lebammm..ummi berbaring je kat kerusi tepi kolam..tak daya nak join. Kalau tidak mabuk pregnant, ummi pon sama naik ngan budak-budak ni main air..

imran dah penat sampai tecongok depan 'kawan' baik ummi n abbi..'maybank2u kawanku..hehe'

Sebelum balik singgah lar kedai sourvenir beli apa yang patut dan tak patut. Kereta bergerak je ummi, abang and imran terus tido..hehe abbi drive terus sampai umah..terima kasih abbi..ur our sunshine and umbrella..

So..next cuti sekolah kita citer pasal kenduri je lar..sebab belom plan apa-apa..

K Bai.. 

Wednesday, May 14, 2014

2014 Yang Penuh Makna

Assalamualaikum w.b.t dan hai semua..

ALHAMDULILLAH..

Bagaimana nak mula yer? Rupanya menulis ni bukan kerja yang mudah. Walaupun minat menggunung tapi jika tak disertai kerajinan, jangan harap ada hasilnya...:)

Alhamdulillah..sekali lagi..syukur! selamat melalui fasa 'morning sickness' pregnancy ke empat (ke 3 - mc), hopefully baby ummi dalam perut ni sihat & sempurna hendaknya..

#sedang tengah ada mood nak buat entry, teacher sekolah abang call: "saya dari sktd, ni ibu iyad ke?" "yer saya, ada apa yer?" jantung dah dup dap.."nak bgtau ni iyad cirit birit, so dia tak dapat nak buat exam kedua (Pend Islam) ni, boleh tak datang ambik dia?" "hah? yer ke..ok2..sy dtg sekarang.."#conversation yg dipendekkan# - 06052014 UJIAN KEHIDUPAN..:)

Walaupun sebaik mana dirancang - ummi dengan gigihnya mengasah pensil malam harinya, sediakan kelengkapan dan sarapan pagi supaya anak selesa hadapi exam tapi kuasa penentu semua di tangan Tuhan - REDHA 

Ini merupakan entry pertama untuk tahun 2014. Walaupun sebenarnya banyak yang dah berlaku sepanjang beberapa bulan ni. Insyaallah kalo ada semangat dan kelapangan akan dikongsikan.

Di awal pregnant hari tu (awal tahun) masih ok tapi bila masuk minggu ke 6, baru start letih, mabuk and mual segala..alhamdulillah dalam 15 minggu pregnant (pertengahan April) macam tu dah kembali ok and rasa macam diri sendiri dah..haha sebab sebelum ni rasa macam serabai gile..:). Baby pon dah rase gerak-gerak..

Untuk entry kali ni just nak share pasal adik nyer wedding hujung Januari lepas..


Seronok time wedding ni sebab time ni je la dapat kumpul semua adik beradik and anak-anak buah yang ramai. Even time raya pon belum dapat kumpul semua camni. Saya n husband ingat boleh la rileks2..xde maknanyer..hehe tugasan sedia menanti..biasela nama pun kenduri..nasib baik husbandku sporting, dialah tukang baca doa, penyambut tetamu, tukang kaut bla bla bla sebab yang lain semua nak jadi orang dapur..dah la tak brief awal-awal..hihi ingat program ofis ke nak brief segala..

Next day tu terus ke Pengkalan Chepa untuk majlis sebelah lelaki..best dapat gi Pasar Besar Siti Khadijah..cuci mata and perabih duit..:(


Alhamdulillah dah selamat jadi isteri orang. Semoga jodoh berkekalan dan dimurahkan rezki keluarga. Lepas ni adik bongsu punye turn plak. Tak lame dah..hujung bulan ni, insyallah..

Thanks sudi singgah!
Sekian.
  

Tuesday, December 24, 2013

Pahit vs Manis 2013

Salam to all

Beberapa hari lagi, 2013 akan melabuhkan tirai. Meninggalkan seribu satu kenangan..ada yang pahit ada yang manis..yess..tajuk entry ni sebonar eh pasal kenangan sepanjang 2013..

Sedih dan kecewa. Ok ini part yang pahitnya la yer sepanjang 2013..

Keguguran anak ke 3..saya pregnant 2 anak sebelum ni alhamdulillah ok..Allah bagi ujian untuk anak ketiga merasa macam mana keguguran..walau merancang sebaik mane pun ketentuan Allah adalah lebih terbaik untuk kita..masa keguguran 7 minggu..ada yang tanya: "ada jatuh ke? camne boleh gugur?"..tak de tu semua..saya pun tak tau kenapa..mungkin faktor usia, pemakanan, stress dan yang sewaktu dengannya..

Saya kurang bernasib baik sebab janin dalam perut tak nak keluar sendiri..so kena buat DnC..fikir punya fikir punya fikir (eh rajin plak taip banyak kali) saya pilih dapat rawatan di Hospital Putrajaya saja sebab dekat dengan rumah, ofis dan senang husband and anak nak datang/hantar..semuanya ok dan prosedur ERPOC (sebahagian DnC) alhamdulillah berjalan dengan baik dan selamat..yang tak bestnye, doktor lelaki yang entertain (check masa mula-mula masuk hospital) dan dalam OT doktor tu pun ada and beberapa doktor lelaki lagi..adehhh malu makk..yang manisnye, dapat mc seminggu, huhu best, rehat-rehat kat rumah.. 

ini tangan aku yer..:)

Lagi pahitnya?..hehe..xde orang tanya pun..sendiri nak cerita..elok ummi recover dari miscarriage, abbi nyer pulak demam..huhu ujian..demam pelik, doktor kate demam virus..sendi semua sakit, demam panas..ishh nasib baik tak kena anak-anak..risau juga kalau bawaan nyamuk, maklumla kat rumah ni pasu-pasu tanaman lama tak bercuci..kesahnya, ramai juge yang kena penyakit ni..termasuklah adik ku sendiri..alhamdulillah semua dah sihat..harap-harap penyakit tu terus hilang jangan datang lagi..pergi kauu..hihi..halau penyakit!

ini tangan suami ku..

Apa lagi manisnye??..alhamdulillah..anak-anak semua sihat and yang seronoknya..dah shopping barang-barang sekolah anak sulungku..excited nak sekolah nih..emaknya excited..

Friday, September 27, 2013

Sydney, Australia

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera

Dear readers,

Apa khabar semua? Semoga semuanya sihat dan bahagia dengan kehidupan masing-masing. Kehidupan ini ibarat roda, sekejap di atas dan sekejap di bawah. Jika ada musibah, anggaplah itu dugaan yang memberi kita pengalaman baru, tanda Allah sayangkan kita. Rezeki atau kesakitan adalah benda ghaib yang kita tidak dapat jangkakan. Sebagai orang beriman, kita kena percaya pada takdir Allah. Gunakan akal fikiran untuk menghadapi situasi waktu itu. Ini bukan ceramah, hanya mukaddimah..hehe. 
Nak dijadikan cerita tanpa disangka nama saya dicalonkan untuk lawatan kerja ke Sydney. Thats mean, pergi oversea balik buat report! Aduss, tanggungjawab. Seminggu sebelum tarikh fly baru dapat tahu. Dengan pasport dah mati, haha..Bila dah confirm dapat surat arahan, baru pegi renew pasport. Sebenarnya bukan renew, die macam buat baru. Saya ke Jabatan Imigresen Putrajaya. Gambar pasport yang lama dah tak boleh pakai, kena ambik baru sebab kaler background dah tukar putih plak. Ok proses sekejap je di kaunter. Cuma nak tunggu siap hampir sejam lebih. Penat tunggu!..Nasib baik sekarang ni. di Sydney dah nak masuk musim panas, so just bawak light jacket je la. So weken sebelum bertolak sempat ke area Bukit Bintang untuk cari winter cloth, konun-kununnye..hehe..alhamdulillah jumpa satu jaket yang sesuai di Metrojaya dengan harga yang murah..berbaloi. 
Yang tak bestnyer, malam sebelum hari bertolak tu, anak kedua, demam panas sampai hampir 40 degree..risau giler. Sebab dia ada history 2 kali demam panas and kejang..macam mana erk, siang tu dia ok jer. Itu la kerja Allah yang kita tak dapat menduga, dia bagi rezki ummi pegi jalan, and sebelum tu bagi anak merasa dulu kasih sayang ummi dia..huhu start kul 3 pagi sampai pagi dok menuam kepala si imran. Esoknyer dua tiga jam sebelum gi airport baru dapat kemas luggage. Apa lagi, sampai airport dah makan dekat lounge, masuk je flight terus tido..sedar-sedar, stewardess kejut kul 4.30 waktu Malaysia untuk breakfast. Awal giler breakfast..ikutkan jer la, satgi lapar plak kalo tak makan..dalam kul 6.30 pagi waktu Malaysia, 8.30 pagi waktu Australia, kami selamat sampai ke Sydney Airport..hehe

Belakang tu Opera House dan Harbour Bridge..suhu siang dalam 21 degree, tak sejuk sangat..
Kat Sydney, jadual lawatan kerja memang padat, tepaksala ikut, dah namenyer kerja bukan jalan-jalan..:) Satu pengalaman baru dapat tengok negara orang. Tapi Malaysia tetap terbaik. Bayangkanlah every time berjalan kena carry botol air untuk kemudahan masuk tandas..hehe paham-paham ler yer...alangkah bagusnya kalau Australia yang indah tu, jadi negara Islam..Layan gambar-gambar ku kat sana yer...
Ni nak tunjuk, plak point yang ada bekas tu beli kat area rumah sebelum berangkat-RM20 hinggit..tulis kat plak tu boleh pakai banyak negara. Last sampai sana tak boleh pakai, kena beli baru yang sebelah tu- 4 dolar..(x ngan 3 yer)


Walaupun trip hampir seminggu ke Sydney tapi sebab jadual kerja padat so that, tak banyak sangat tempat yang dapat dilawati. Hanya beberapa yang berdekatan dengan Sydney CDB..oh ya kat sana ada satu kedai orang malaysia, melayu dekat dengan hotel, Cafe Kasturi, satu-satunya restoren yang kami selesa makan. Yang lain tu, selalu was-was..hehe..tapi makan banyak juga sebab penat..thats all for now..wassalam.

Blogger templates

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...