Selamat Sejahtera...
Jika di rujuk entry terdahulu, mungkin anda perasan yang saya telah pun berpindah tempat kerja dan juga berpindah rumah. Dulu kami tinggal di rumah teres 2 tingkat dengan laman yang telah disimen keseluruhannya. Namun aktiviti bertanam tetap diteruskan. Dari serai, kunyit, halia, limau purut, pandan..semua ditanam di dalam pasu. Dapat lar merasa hasilnya. Entry sebelum ni ada juga ditunjukkan pokok daun kesum yang dibeli tapi pokok tu dah mati tak dapat bertahan dengan cuaca panas.
Apabila berpindah, terpaksalah ku tinggalkan semua tanaman di bawah jagaan si penyewa a.k.a adik saya sendiri. Hehe..hopefully dia tak rimas dengan tumbuh-tumbuhan itu..
Bila berpindah ke rumah sewa teres setingkat yang masih berlaman, perasaan ingin menanam tu semakin membara. Bukan sebab rajin terlebih tapi geram bila melihat laman dipenuhi dengan rumput-rumput liar dan hampir menjadi semaksamun. Langkat pertama haruslah membersihkan laman. Seminggu sebelum puasa baru berkesempatan menguruskan laman tersebut. Minggu-minggu sebelumnya amatlah sibuk dengan pelbagai macam hal kehidupan. :)
Nak mudah saya order biji benih tru online dari blog semuamenjadi.blogspot.com. Alhamdulillah dalam tempoh 2 hari lebih sahaja biji benih telah pun sampai di tangan. Projek laman kali ni bercampur antara menanam bunga-bungaan dan sayur-sayuran...hehe..cita-cita tu besar.. doa-doa menjadi lah..rata-rata di blog tanaman menceritakan tentang si ros jepun. Membuatkan saya pun teringin untuk memiliki ros jepun sendiri. Apalagi bersama benih-benih sayur di tempah sekali keratan batang bunga ros jepun.
Mujur dapat memanfaatkan hujung minggu lepas bersama husband (teringat pulak drama 'dia isteri luar biasa'...:) ) untuk membuat batas dan membersihkan laman depan dan belakang rumah sewa. Hari Sabtu 13 Jun 2015 sempat menabur benih bayam merah serta menyiapkan bekas dan batas untuk ros jepun sekali. Besarlah harapan supaya dapat berkembang biak wahai tumbuhan..hehe. Hari Ahad pula, hujan lebat dipagi hari...projek menanam tak dapat diteruskan disebelah pagi. Mujur di sebelah petang dapat juga membuat satu batas untuk si kangkung.
Sehingga entry ini ditulis, si kangkung telah pun muncul dipermukaan tanah. Manakala ros-ros jepun pun nampak macam serasi dengan tanah...lain hal nye dengan si bayam. Tak dapat ku kenal mana bayam dan mana rumput...mungkin malam hari menabur benih tu hujan lebat jadinya benih-benih bayam telah dibawa air. Satu lagi, semasa menanam bayam saya hanya tabur di atas batas dengan mengorek sedikit tanah. Entah betul entah tidak cara tu. Maklumlah baru belajar menanam. Manakala untuk kangkung teknik meletak botol air mineral yang dipotong dapat menahan biji benih dari terkeluar dari kawasan. Paham ke?? hehe..buat-buat paham lar yer...tengok gambar mungkin dapat bayangkan. Teknik ni saya terfikir di kala hujan lebat di malam hari tu lar...
Ada juga cubaan menyemai cili padi dan tomato. Nampak gaya tomato senang untuk tumbuh berbeza dengan cili. Mungkin biji cili telah dimakan semut. Tomato menunggu tuannya mengalih ke bekas yang lebih selesa. Namun belum berkesempatan.
Nanti kita tengok ada perkembangan ke tidak berkenaan tanaman ni yer.
:)
No comments:
Post a Comment