Selamat Berblogging Semua..

Selamat Berblogging Semua..

Tuesday, July 23, 2013

Percutian Keluarga 2013 di Pulau Langkawi

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera

Syukur di atas rezki yang Allah kurniakan kepada kami sekeluarga..tahun ni aku masih berpeluang mengunjungi Pulau Langkawi, dalam erti kata lain datang untuk bercuti dan paling best pergi dengan family. Macam tahun-tahun sudah, aku pegi sebab bekerja so tak pernah berpeluang nak jalan-jalan tempat-tempat best kat sini..so this is  how we spend our holiday @ Langkawi:

  • Dapat tiket murah kat MAS, RM500 ++ untuk 4 orang return trip. (dengar-dengar ada orang dapat lagi murah dari ni..hehe..)
  • Anak dah besar so senang sikit nak bawak berjalan..(insyaallah..)
  • Sebelum pegi dah survey hotel and chalet..(kalo boleh nak yang dekat tepi pantai..)
  • Jumpa kat satu blog die stay di Malibest Resort, cek harga ok tapi takde breakfast..tengok juga TM Resort, banyak lagi la...kebanyakkan resort or chalet memang tak sediakan breakfast...hotel u have to pay extra tapi ada breakfast..since Malibest bagitau boleh bayar ikut malam menginap so decide ngan husband try stay kat situ..
  • Kitaorang sewa kereta kat Langkawi..(senang nak jalan-jalan dan nak gi shopping)
  • First impression tengok pintu masuk ke resort ni dah semacam, kena lalu depan kedai India so not proper...wat to do dah sampai malam...dapat plak bilik tingkat atas berhadapan dengan bangunan tengah construction...waduh macam rumah kongsi dah ni..somehow masuk bilik kire okla, ada bathtub and katil 2 besar...confirm aku memang tak selesa dengan tangga tinggi nak naik ke bilik ni...tukar-tukar

pantainyer putih bersih, cantik..
  • Malam tu juge calling-calling hotel so that decide kite pindah la ke hotel grand continental, tapi esokla, ini malam mahu rehatla..:)
  • Kite takyah citer lebih2 la pasal bilik resort tu, sebab semua tu depend pada taste masing-masing..
  • Bangun pagi ni best sebab dapat dengar ombak and hirup udara segar di tepi pantai dekat resort ni..wahhh segarnye..
  • Malam kedua and sampai balik kitaorg stay di Grand Continental: anak-anak suke sangat sebab ada pool..
  • 4H 3M memang rase sekejap je la kat sini, tempat yang sempat pegi naik kereta kabel, island hopping and paling penting pekan kuah ler...
  • Sape2 nak naik keta kabel kena beli tiket awal sebab q nanti sangat panjang...
tinggi nih..gayat den...
  • Masa island hopping ke tasik dayang bunting, better siap-siap pakai baju yang nak buat mandi. On the way ke dayang bunting, boatmen akan berentikan kite dekat Pulau Beras Basah (ke beras tebakar, lupe plak..) so kat sini boleh mandi kalo nak, pastu berenti lagi tengok helang last sekali drop kat tasik dayang bunting..mak aii..kena mendaki dan turun bukit untuk ke tasik ni, kalo ada anak kecik tak payah la pegi, or dalam rombongan ade orang tua, sebab penant nanti...kite yg masih mude remaja ni pon mengah-mengah..:(
tasik dayang bunting..
  • Tomyam Langkawi memang terbaik (aura siam..:)..) kaw kaw gitu!
  • Haji Ismail Group dah ada kompleks sendiri, besar lagi, dekat dengan Idaman Suri..
  • Itu la antara yang aku rajin nak kongsi, tak banyak tempat boleh pegi pon sebab sekejap sangat...jom la layan tengok gambar:   

anakku tergamam, air pantainyer sangat jernih..

ikan tak datang..huhu puas sudah aku menyanyi memanggil ikan..

mai langkawi janganlupo beli gamat no...

Semoga ada rezki ke sana lagi..insyaallah.

Sekian. Wassalam.

4 comments:

MNAS said...

Terbaek!!

Unknown said...

27 December 2013 at 9:18 am


salam. nak kongsi pengalaman bercuti di perth australia baru baru ni. kami sekeluarga 10 org semuanya menginap di mahira holiday homes. owner org islam malaysia. memang berbaloi dan harga berpatutan sebab saya dah puas survey harga hotel dan semuanya mahal belaka. mereka juga ada car rental. boleh contact 012330098. anak owner ada di kl.

saya ambil fullboard pakej dari mereka. memang servis bagus. semuanya diuruskan. kita cuma naik kapal terbang dan jumpa org yang akan jemput kita di airport perth. pakej pun murah sahaja. puas saya survey., memang ni yg paling berbaloi.

rasanya diaorg ada buat lagi full board pakej untuk tahun 2014. cubalah tanya

leyna said...

nissa shamiza, insyaallah kalo berpeluang ke Perth, saya try contact no. tu. tq

leyna said...

Insyaallah tuan Amsyahril. Jika ada rezki dan kelapangan waktu ingin berkunjung ke Padang pada masa depan. Moga ada rezki menggunakan perkhidmatan syarikat tuan.

Blogger templates

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...