Selamat Berblogging Semua..

Selamat Berblogging Semua..

Tuesday, May 29, 2012

Ustaz Don in the house..


haha..duk belakang, tak zoom plak tu, hancuss gambar.
Title post ni sebenarnye ustaz sendiri yang sebut, kot ada orang post kat facebook guna ayat tu..ustaz don datang berkongsi ilmu kat ofis 28 Mei 2012 baru ni..alhamdulillah, berpusu-pusulah warga pejabat ini turun ke dewan untuk menyertai majlis ilmu ni. Ustaz tak macam biasa macam dalam tv, kali ni berkot bagai..tajuk yang dibincangkan 'Peranan Hati Dalam Membentuk Sahsiah Diri' (lebih kurang kot, note tinggal kat ofis)..Ustaz cerita:
1. Pengalaman beliau di tanah suci buat umrah - terasa terpanggil-panggil pulak nak ke sana. 
2. Kelebihan air zam-zam yang boleh menjadi penawar - hebatnya kuasa Allah.
3. Kelebihan membaca surah Al-Baqarah di dalam rumah - insyaallah dilindungi dari pelbagai unsur tidak baik. (boleh browse blog-blog yang banyak cerita pasal surah ni).
4. Ustaz kaitkan soal hati ni dengan ujian yang datang kepada Nabi Ibrahim serta anak & isteri serta kisah hati Rasulullah yang disucikan dengan air zam-zam semasa baginda kecil. - patutnya kisah-kisah nabi ni kena cerita ngan anak-anak yang tengah membesar sebab banyak pengajaran.

Nak jaga hati ni bukan senang, kadang macam sapa yang bekerja, mesti sometime alami situasi macam member nak ambik keje kitala, mesti ada rasa geram dan marah. So kalau hadapi situasi macam ni jangan pandang yang buruk, mungkin niat dia nak bantu walau tak diundang. Time tu mungkin rasa dialah musuh, tapi mungkin nanti dia akan jadi kawan. Itula manusia biasa ni, nak pujuk hati jadi baik, susahnyer..
Banyak lagila contoh kalau nak cerita, yang penting kita kena selalu redha, rezki Allah yang bagi, kalau kita punyer, mesti dapat jugak cepat atau lambat. Wallah hu alam.

Sunday, May 27, 2012

Pesta Buku Antarabangsa KL 2012

Tahun ni kami sekeluarga pergi lagi ke Pesta Buku yang berlangsung daripada 27 April 2012 hingga 6 Mei 2012. Pergi dah last day. Walau pun experience last year, dengan anak-anak buat perangai, dengan ramai orang..tahun ni kami pegi dengan LRT..huhu seronok si abang ngan adik yang tak penah-penah naik LRT..abangnye pernah la naik LRT masa kecik-kecik dolu..adik bercakap dalam tren macam duk dalam kereta, bising..dua beradik ni bertanya itu ini.."bila nak sampai? dah sampai ke?"..huhu, jauh tu sayang: Bukit Jalil ke PWTC..:) Antara buku yang dibeli untuk koleksi -novel Aini Effariza-Pencuri Cinta (dah habis baca pun: best), Novel hangat Syarifah Abu Salem dan 100 Wira Negara and buku anak-anak dari utusan yang mahal..nasib cik oja chubby kejer kat utusan..next year kalau ada rezki plan nak pegi ngan hubby je la, baru best nak pilih buku, tak pon pegi sendiri. Sesapa yang minat membaca atau buat koleksi buku, jangan ketinggalan pergi next year.

Blogger templates

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...