Selamat Berblogging Semua..

Selamat Berblogging Semua..

Tuesday, December 12, 2017

Aktiviti hilangkan stress

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Alhamdulillah. Kehidupan diteruskan seperti biasa dengan suami dan tiga anak disisi..

Sekarang belajar belajar aktif dan bermesra dengan instagram, itu yg makin kurang masa menjengok ke laman blog ni..tapi sentiasa rindu untuk mencatat diari kehidupan di sini..

Di dalam draf, terperuk beberapa entry termasuk kisah travel ke Hong Kong pada bulan 8 yang lalu..insyaallah perlu disudahkan supaya dapat diimbau semula..

Semenjak dua menjak ni, memang suka menghabiskan masa dengan aktiviti gardening..setakat ni adalah sikit sikit hasil yg dapat dikutip seperti kacang panjang renek, daun kesum, daun pandan..dan lagi banyak yang tak mendatangkan hasil..hihi

Paling terkini cubaan yang ke berapa kali untuk menanam cili padi..nangisss..x penah dapat hasil..yang best pula cuba semai biji benih petola yang dikirim emak dari kampung, cepat bercambah dengan daun yang melebar..bestnya rasa


Gambar atas ni masa mula mula menyemai..and kat bawah ni gambar pada 12.12.2017


Excited sangat nak simpan kenangan pembesarannya di blog ni..hehe belum tentu dapat merasa hasilnya tapi insyaallah ku cuba sedaya upaya membelai si petola ni..hehe

Memang tengah cuba manfaatkan ruang  yang ada sedikit di tepi dan belakang rumah. Kebanyakkan tanaman yang ditanam ni pun semua percubaan pertama atau percubaan berkali kali x jadi..hihi

Tanaman paling mudah buat masa ni ubi kayu dan ubi keledek..suburrr je

Dan yang macam menampakkan hasil, pokok bendiku..



Pada 11.12.2017 pula, anak anak ada membantu menyemai biji benih ketumbar ( menumpang kasih di pot semaian daun sup dan sebelah petola) and saya sendiri menyemai benih parkchoy dan sengkuang..tengoklah nanti kalo menjadi..

Parkchoy
Itu saja perkongsian kali ini. First time posting dari phone sebab gambar memang banyak dalam phone tapi phonenye kecik, susah nak menaip..hihi..apa apa je lah..

Wassalam.

Wednesday, September 6, 2017

Rumah baru Ep. 2


Ok jom sambung cerita pasal rumah..

Pembelian rumah kali ni saya gunakan loan kerajaan...atas faktor usia juga saya rasakan ini masa yang sesuai beli rumah guna loan kerajaan..yang tak bestnye, loan saya dah dikenakan cas gst! nangisss...

Tak sabar rasanya menunggu..berdoalah sangat pemaju ni bina rumah tu dengan elok supaya nanti bila time cek defect rumah tu perfect and tak perlu nak menunggu untuk dibetulkan lagi..sepanjang pembinaan berjalan di tapak projek perumahan kami ni, ada beberapa kali jugak kami buat pemantauan ke sana..hehe..excited dan tak sabar-sabar..


Sehingga pertengahan tahun 2016 ini, nampaknya progress di tapak berjalan lancar..dan sepatutnya dalam bulan 10 atau hujung tahun ni developer dah kena siapkan semua facility untuk pengeluaran CCC.

Last visit kami bawa anak-anak sekali sebab diaorang belum pernah masuk dalam rumah. Actually baru lagi dalam minggu lepas pergi jengok rumah. Tapi rumah dah dikunci so budak-budak ni tak dapat lah nak menjengok ke dalam rumah...yang si abang tak habis habis request nak tandas dalam bilik sendiri..hihi..rumah kecik jer sayang..tak boleh nak buat byk sgt tandas...


Tapi upset sikit masa pergi tengok baru ni sebab rumah belum siap sepenuhnya tapi dah banyak crack especially di bahagian dinding dekat dengan kaki lima tu...nampak macam sekeliling rumah...mungkin sebab rumah ni dibina di atas tanah yang ditambun..doa-doa ianya tidaklah serius dan jauhkan dari musibah dikemudian hari..

Pokok mangga depan rumah pun dah ditanam cuma tinggal elektrik dan air belum lagi masuk..selain tu jalan pun belum di tar lagi...

"Ya Allah, semoga kediaman ini menjadi rezki tempatku, suami dan anak-anak berlindung, beribadat kepadaMu..sesungguhnya engkaulah sebesar-besar pelindung kepada hambaMu..'' doa selalu..


sambungan entry rumah..pun dah di draf lama..niat di hati nak cari gambar-gambar best nak tempek dengan catatan ni, tapi al malas yang amat, itu yang tertangguh untuk publish..jika ada kesempatan nak sambung lagi sebab pemaju dah call untuk ambik kunci rumah..yeayy..syukurrr
v
v
v
update September 2017: Alhamdulillah, dah genap tiga bulan berpindah ke rumah ni..masih dalam proses mengemas dan upgrade apa yang patut..


Thursday, April 13, 2017

Rumah baru Ep. 1

Bismillahirrahman nirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat Sejahtera

Memiliki rumah sendiri adalah idaman setiap dari kita yang bernama manusia. Mukadimah tak boleh blah..heheh..(ayat seorang penulis to-be..aminn

Rumah baru ke rumah second ke kita pasti excited kan bila dapat memilikinya. Alkisahnya, pencarian rumah tempat berteduh ni bukanlah semudah yang disangka. Kalau duit nan hado, sendu sikit lah nak pikir pasal beli rumah ni.

Pernah rasanya saya ceritakan sikit macam mana saya and husband beli rumah pertama kami dulu. Ianya bermula dari gerak hati saya sendiri. Cuba bayangkan masa tu tahun 2008, saya hanya bekerja bergaji hari. Maknanya, kalau datang kerja ada gaji, kalo cuti, gaiji tak dikira. Suami pula masa tu gaji setakat RM2 ribu lebih gitu jer..

Saya ni paling malas nak berpindah randah. Masa mula2 kahwin kami duduk di Taman Melati, KL..dekatt sangat dengan Terminal Putra. Walaupun flat tapi kawasan tu dijaga rapi oleh owner2 asal kat situ. Zaman tu sewa RM480...bila dah ada anak, terasa ruang rumah makin mengecil..rumah tu pulak hanya ada 2 bilik sahaja..satu bilik ku dan suami, satu lagi bilik pelbagai guna..stor boleh, bilik kerja boleh dan bilik tetamu pon boleh..hehe..

Pikir punya pikir, selalu belek surat khabar tengok ruangan iklan, pastu selalu browse iproperty dan haruslah rajin pergi survey..seingat saya kami mencari sehingga ke Rawang dan Bangi Lama rumah yang sesuai untuk didiami..

Akhirnya, melalui iproperty saya dapati kawasan Taman Puncak Jalil masih banyak rumah yang harganya lingkungan RM200 ribu ke bawah..asalnya kawasan ni dibangunkan oleh developer yang bermasalah sikit maybe thats why banyak rumah masih belum dihuni...saya try buat appointment dengan agent yang mengiklankan rumah di Taman Puncak Jalil..mula-mula pegi tengok dan belum decide lagi...oh ya kat sini rumah subsale lah masa tu...

Cakap dengan agent nak pikir dulu dan sediakan duit booking..berapa percent dah lupa..sementara tu ada juga telefon dengan MPSJ nak confirmkan status rumah dah ada CF ke belum? So officer kat sana bagitau kawasan tu dah on the way nak dapat CF, so majlis dah buat checking semua dah ok..alhamdulillah, kira oklah tu..

memang problem lah developer tu, bina tahun 2001 (seperti diberitahu oleh owner asal), tahun 2008 pon belum selesai lagi. Itu satu hal yang saya consider nak beli subsale jer..rumah dah ada depan mata, so tak perlu tertanya-tanya bila rumah nak siap...

Bila dah tetapkan pendirian, barulah saya and en suami call semula agent then bagitau jadi bayar booking. Sekali, agent tu bagitau, "ohh..rumah tu sudah ada orang bayar bookinglah...u lambat.." pulak dah....takpelah xde rezki..."tapi saya ada dua lagi rumah dekat-dekat situ, kalo u mau tengok.." tambah agent tu lagi..boleh juga nanti kita jumpa..

Pegi tengok satu rumah tu RM160 ribu..penuh semak samun, api air belum sambung..uishh..banyak kena keluar ni kalau nak yang murah..then pegi tengok yang satu lagi..time ni tak ingat owner tu ada sekali ke tidak..terus decide nak beli rumah yang kedua tu..rumah elok terjaga, grill semua ada and harga lebih sikit dari yang pertama.

Duit booking dibayar terus pada hari yang sama..tanda jadilah..proses bayaran tu jadi mudah sebab owner tu sanggup tunggu dan tak banyak kerenah..kitaorg buat joint loan dan keluar KWSP untuk bayar deposit 10%...untuk bayar lawyer pinjam sekejap dengan my sis sebelum dapat keluarkan KWSP..alhamdulillah proses berjalan lancar cuma bila part lawyer tu sakit sikitlah hati dan jiwa ni..sabar jer lah..

Rumah Pertama ku dan suami


Hari nak ambik kunci rumah memang hari yang membahagiakan..:))

Eh..ni bukan cerita rumah baru, ni cerita rumah lama..dah berjela-jela..penat i baca tau!..

hehe jangan mare yer anda yang membaca...idea mencurah-curah ni bile teringat kisah-kisah silam...

dapatlah merasa duduk di rumah sendiri lebih kurang 5 tahun..akhirnya (berapa banyak akhir dahh..) kami terpaksa meninggalkannya sementara...atas tuntutan kerja..huhu nangis..

Bila dah berpindah ni, saya pon malas nak menyewa rumah orang lama-lama...rasa tak happy...kalau nak beli tak tau pulak berapa lama akan stay di sini...buat kira-kira semula..cukup tak kalau buat hutang baru...kawan-kawan, ini yang perlu kita buat dahulu sebelum decide nak beli rumah yer..ukur dulu poket kita...

Kebetulannya, tempat baru ni kampung en suami...so apa salahnya beli sebuah lagi rumah kan? Selain jadikan aset, mungkin inilah rumah yang bakal dihuni, bila bersara nanti. Saya percaya perancangan Allah adalah yang terbaik, dan kita sendiri sebagai hamba yang berakal, kena juga merancang.

Kebetulan pula, dalam bulan April 2015 saya dapat tahu, ada launching rumah baru kat sini..dalam hati tu memang berbelah bagi nak beli atau tidak. Sambil fikir-fikir lagi pergi juga ke bank untuk keluar duit bayar deposit.

So masa hari launching, hantar anak rumah MIL kejap, terus ke tapak projek. Time tu dalam pukul 8.30 pagi lebih kurang...hehe..macam tak ramai orang sangat masa sampai.. (banyak baca kat blog bagitau hari launching kena datang awal, tapi tak dapat follow sebab nak siapkan budak-budak lagi..)

Developer pun lambat sampai..bile diaorang dah siap setting, semua orang dah start beratur..time tu dah ramai..saya pun follow beratur, tapi dalam hati ni belum buat keputusan nak beli ke tidak..

Dari segi lokasi -kawasan ni ok sangat..
Developer -projek banyak kat pahang ni, nampak kompeten..
Tanah malay reserve, free hold..

Atas faktor-faktor penarik di atas, akhirnya saya bayar deposit dan sign snp pada hari itu..wow beli rumah lagi, mampukah aku membayar installment..huhu nangis kejap..dengan harapan kenaikan gaji setiap tahun...insyaallah..

Nanti saya sambung cerita ni yer.

Tq pada yang sudi membaca.


cerita ni draf dari tahun 2016. Baru di publish hari ni. Sorry kalau ayatnya macam pelik macam macam kurengg jer.. 

Tuesday, October 18, 2016

CAMERON HIGHLANDS 1-2 OKTOBER 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Meh, nak story sikit cerita kami anak beranak ke Cameron Highlands masa cuti awal muharram baru ni..

Sebelum tu, mari ramai-ramai..#visitpahang2017 

Last minit decision..time tu rasa cam nak sangat pegi tido kat hotel..duit seciput tapi selera besar..itulah saya pada ketika itu..hahaha..

Seminggu sebelum berangkat, baru sibuk search hotel...poh paleh, mahal benor harga hotelnya..disebabkan selera besar saya pon booking copthorne hotel untuk kami 5 beranak..disebabkan lagi nak semua selesa tido atas katil (tak mahu extra bed atau bawa toto) jadinye dapatlah booking apartment dua bilik di copthorne di brinchang ni semalam RM500 ++..woww..aku bayangkan mesti selesa giler..

Hari yang dinanti tiba, dalam jam 10 pagi camtu bertolaklah kami dari bentong melalui jalan raub-lipis-pos betau-jalan ringlet..perjalanan ok, laju jer..

Benarlah apa yang banyak tertulis di blog-blog sahabat alam maya, time cuti cameron memang jem..sesampai sahaja di ringlet, sudah nampak kelibat kereta bersusun susun di sebalik bukit..adoii makk...hampir 3 jam dari ringlet dihabiskan untuk ke sampai ke apartment di brinchang..memang luar biasa
Situasi ni lebih kurang sama masa pergi tangkuban perahu dulu, memang kena tunggu seawal subuh kalo nak cepat..penatnya ya rabbi..

Apa-apa hal pon kita check in dulu..apartment yang kami dapat ni, berdekatan dengan bangunan utama hotel..tingkat 4 xde lif..sakit hati di situ..masuk dalam apartmentnya besar, alhamdulillah..ruang tamu cantik, balkoni superb, bilik pon terbaik..anyway, tandas kurang memuaskan..tempat shower tu airnya bertakung, memang aku hangin...kebersihan kureenggg..nasib baik, pemegang shower tu panjang..soo aku tarik keluar dari tempat shower..kena kretif sikit..malas dah nak mintak tukar bilik sebab dah hangkut semua barang naik tingkat 4 tu..



Rehat-rehat kejap, tukar apa yg patut..anak-anak dah mula tertinjau-tinjau playground dari balkoni, nak tak nak, terpaksa melayan main dulu kat taman tu..then keluar..adoii makk..jem lagi..ini kali jem untuk turun dari brinchang pula..what to say..kena keluar juga sebab nak cari petrol dan makan malammmm..lebih kurang sejam macam tu sampai ke tanah rata untuk isi petrol, dinner dan jalan-jalan pasar malam..

Dinner kitaorang stopby di Fauzi Steambot..itu pun setelah berpusing pusing tawaf mencari parking..alhamdulillah, Allah mudahkan sebab kesian kat anak-anak kami..makanan restoren ni sedap dan cepat serve..recommended! dapat merasa shell out dengan my lovely hubby..lepas dinner on the way balik singgah ke pasar malam yang memang menjadi tumpuan..di pasar malam ni jualannya pelbagai dari pakaian hingga ke buah strawberry..yummy yummy..time ni lah nak feeling feeling makan strawberry coklat...huhu..fefeling lah sangat..sambil si kecik dah terkinja kinja taknak di dukung..harga tshirt labuh ladies kat sini murah n cantik-cantik...harga strawberry pulak lebih kurang je dengan kea farm. Dah setel di pasar malam kami balik hotel then tido...best betul semua orang tido lena sebab kepenatan dan kekenyangan...:)

Esok pagi bangun tak berapa nak awal sangat..huhu..kemas semua barang untuk check out terus..masa di lobby hotel, anak anak ternampak budak sebaya mereka berpakaian swimming suit...alkisahnya di copthorne ni ada swimming pool...tak pulak diketahui...melepaslah mereka untuk berjimba di kolam renang..

Singgah di Kea Farm untuk sambung shopping apa yang patut...memang meriahlah di Kea Farm ni...pada aku biasa je tempat ni macam pasar tani..

Beli tea strawberry, beli strawberry...pastu dah...gerak turun dari Brinchang..

Pastu singgah sekejap di Mardi Agro Park...kat sini macam best sikit...tempatnya luas, selesa, barulah feeling sikit bergambar...paling best dapat makan aiskrim strawberry...jangan lupa cuba tau! Budak-budak pun selesa dan berjalan kat dalam ni..



Ok..satu lagi penyeksaan time nak balik..jem lagi time nak keluar dari tanah rata ni...adoiyaii...memang meletihkan lah..perlu sabar yang paling tinggi! then dah takde hati nak berenti-berenti lagi..terusss gerak balik...

Singgah lunch di Bandar Raub dalam lebih kurang dekat asar...oh yer sebelum tu ada cubaan hendak ke tanda di RnR Pos Betau, malangnya tandas di sini semua berkunci dan tiada air...jadinya hajat terus disimpan sehingga sampai ke masjid di kawasan Felda Bilut...

Akhirnya..lebih kurang jam 6 petang camtu, kami pun selamat mendarat di home sweet home bentong...alhamdulillah...walaupun disewa, tetaplah paling best balik rumah sendiri...nak pegi lagi ke Cameron Highlands? hehe...insyaallah tapi kena pergi masa weekday jangan pergi masa hujung minggu atau public holiday!..pandai-pandai timing tau u ol...

Ok. Bye bye.

*Gambar update kemudian sebab belum berjaya dikumpulkan. 


Thursday, September 1, 2016

Saya dan Tupperware

Assalamualaikum
Salam sejahtera kepada semua yang singgah

Apa khabar u ol? rindu betul nak buat entry..banyak cerita di peram sebab kemalasan yang amat..
Tambahan dengan badan kurang sihat..saya tak sakit cumanya lenguh-lenguh, sakit pinggang..almaklumlah si kecik tu sepanjang malam nak bergayut sajerr..ummi nyer ni pon tido malam tido-tido ayam jer..

Malam tadi, akibat kesakitan sangat, ku merajinkan diri untuk bertungku..alhamdulillah hari ni ada rasa sedikit kesegaran..n hari ni terase ade kekuatan nak berkongsi aktiviti terkini..

ME AND TUPPERWARE!! 

yeayy, excited nak bagitau, saya dah join member and start berbisnes dengan tupperware bermula April 2016..
Seronok sebab dapat barang-barang seperti kat atas ni...bila join member and attend assembly, memang best dapat banyakk free gift..

Sebelum ni saya join juga avon, cosway, rorine, alfio raldo...bisnes juga kecil kecilan..dan kini saya memilih tupperware sebab stokis berhampiran dengan rumah dan saya rasa peminat tupperware ni tak pernah susut...sentiasa bertambah..dan yang paling penting produk tupperware memang terbaikk..

Selain dari untung runcit yang kita dapat hasil jualan, sebagai ahli boleh juga mengumpul point untuk dapatkan komisyen. Saya ni berjual bukan fikir nak untung sangat, cuma seronok dapat buat sesuatu yang lain daripada rutin harian...insyaallah kerja makan gaji yang Allah kurniaan adalah keutamaan sebab saya sayyanggg pekerjaan saya..

Semoga semua yang Allah pinjamkan ini bermanfaat untuk ku di dunia dan akhirat..

Wassalam.


Monday, April 18, 2016

Anak Demam

Assalamualaikum w.b.t
Salam Sejahtera

Rakan-rakan pembaca,

Terima kasih pada yang sudi baca..
Terima kasih pada Pn Zarina (IntanBerlian) sudi join blog yang tidak seberapa ini..

Anak kecik saya, dah berumur 1 tahun 6 bulan ++..nama dia irfan umair..comel..hehe anak sendiri kan?..:)) So far masa checkup semua ok cumanya irfan sekarang selalu demam..sebak rase nak cerita..mengenangkan matanya yang bulat bundar, giginya yang besar macam rabbit, lesung pipitnya..tapi sekarang selalu demam..

Bulan Mac lepas rasenye demam paling panjang..risau sangat setiap kali badannya panas. Dengan sekarang musim panas..aduhh..gundah gulana hati ummi ni..kesian bila hilang selera makannya..tak nak menyusu..badan pon dah susut..ummi nak buat apa-apa pun tak senang rasanya..

Awal bulan baru ni hampir seminggu demam..lastnya kami bawa ke hospital, doktor cek darah..ada sikit jangkitan bakteria..badan dia pun dah lemah time tu...doktor bagi antibiotik and suruh minum banyak air..alhamdulillah ok seminggu..dapat ke taska seminggu, tapi bile hampiri wekend badan dia start panas..ni semalam kami bawa ke klinik sebab suspek ada ulser kat mulut..aduhh doktor kate tonsil bengkak dan ada sikit ulser..dapat ubat demam, antibiotik..ubat lagi..

Kadang-kadang rase kesian dekat anak tu..yer lah saya ni ibu yang bekerja..tak punya banyak masa bersamanya..itu dilema ibu berkerjaya..bila hari cuti pun sibuk dengan pelbagai urusan..rasanya dah buat segalanya untuk pastikan anak-anak ni sihat selalu..tapi kuasa Allah, mengatasi segalanya..

Kadang sakit juga hati bila manusia yang kurang paham disekeliling kita ni berulang kali cakap benda yang sama.."dia kerap demam kan..", "kesian..demam lagi...?", "lorr..kuruss dah dia...", "susut dah badan dia.."...eloknya jangan cakap apa2..cuba buat sup ayam ke sup sayur ke and hantar ke rumah, pastu cakap.."cuba bagi makan sup ni.." bukan ke best sikit ibu ni mendengar..

:)) jangan kecam saya..itu hanya luahan hati insan kerdil ini..tapi insyaallah, apapun yang orang kata saya anggap sakit demam ini adalah ujian dari Allah..ujian yang ada hikmahnya..mengajar diriku lebih bersabar, redha..dapat tambah ilmu perubatan / perawatan islam..:)

Mari berdoa, anak-anak kita sihat selalu, dapat menjalani kehidupan dengan sebaiknya..sebagai ibu jangan lemah. Berjaga malam menjaga anak tu perkara biasa..semoga Allah beri ganjaran yang lebih baik..

Ummi doakan irfan selalu sihat dan ceria macam ni..rindu irfan selalu..

Tengok tu..tangan kecil..kena cucuk ambik darah..sakitnya..

Maaf, entry yang emosi. Mungkin sebab hari ni puasa. Ada entry lain menunggu di draf, tapi belum siap di karang..

Insyaallah berjumpa lagi..
 

Tuesday, January 19, 2016

Menulis

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh
Selamat Sejahtera

Tajuk macam bagus. :) . Bolehlah yer, janji entry ni memang ada kaitan dengan menulis. Membaca dan mewarna kemudian kita belajar yer. Hehe..

Lupa. Sinonim betul perkataan ni dengan aku. Bila tak dicatitkan sesuatu peristiwa, perkara tu akan berlalu macam tu sahaja. Kecuali..haa..ada kecuali tuh..benda yang menyakitkan hati atau menyedihkan..mesti diingat sampai bila-bila..hahah..jadi mulai hari ini saya berazam akan bermula semula aktiviti penulisan ini. Azam 2016, teruskan menulis sampai tulisan jadi cantik (sekarang banyak menaip, so tulisan ntah apa-apa = cakar ayam).

sumber: google
Bila sesuatu peristiwa dicatit di telefon, once tukar telefon, semuanya hilang..saya berpandangan kaedah lama iaitu menulis diari amat praktikal sebenarnya. Kalau rajin buat pelaporan di FB pon mungkin ok..sebab FB sekarang akan remind owner apa yang pernah di post sebelum ini..

Syukur juga di zaman sekarang ni, ada camera handphone. So banyak membantu kita mengingat semula peristiwa yang telah dilalui. Samalah macam menghafaz al-quran. Punyalah payah nak mengingat. Sepanjang tahun 2015, anak-anak dan suami telah hafal beberapa surah, sedangkan saya sendiri tak mampu nak menambah hafalan. Kecewa disitu! Cuma ayat menyusukan baby je dapat dihafal. Mungkin berkat bangun malam memerah susu, ayat tu dapat diingati hingga ke saat ini. Insyaallah. Dengan bertambahnya usia, saya berdoa akan dibukakan pintu-pintu rahmat buatku untuk berbakti kepada sesama islam dan menambahbaik semua elemen kehidupan. Fokus, proaktif dan positif.

End.

Blogger templates

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...